Tangan yang baru bergerak mahu membuka pintu kereta terhenti bila suara Anif kedengaraan sekali gus membuatkan Rose mengeluh. Perlahan-lahan dia menoleh memandang ke arah Anif. Biarpun wajah itu masih sedikit lebam tapi masih membuatkan jantungnya berdegup kencang.
"tak nak salam aku ke? Ingat walaupun kita nak cerai tapi kau masih tetap isteri aku. Selagi talak tak jatuh lagi syurga kau masih kat bawah tapak kaki aku"
Tersedar dirinya terpesona sendiri pantas saja Rose berdehem kecil. Kekok pula bila dia tenung wajah Anif lama-lama. Bahaya!
"rose pergi dulu.. " ujar Rose lembut sambil menghulur tangan mahu bersalaman dengan suaminya. Anif menyambut. Baru saja Rose mahu melepaskan, kepalanya di tarik pula lalu satu kucupan singgah ke dahi isterinya. Kali ini tiada paksaan. Dia sendiri iklas mahu mencium dahi isterinya. Entah bila lagi dia dapat buat seperti itu jika benar suatu hari nanti mereka akan bercerai. Kuasa allah, tiada siapa yang tahu.
Rose ternyata begitu terkejut tapi dia biarkan saja. Mata di pejam menikmati momen terindah itu. Jujur, dalam diam dia senang dengan tingkah laku suaminya yang membuatkan hatinya berdegup. Macam mana nak bercerai kalau dia bertambah sayang pada lelaki itu? Tapi kalau mereka bercerai pun maksudnya bukan jodoh mereka.
"take care.. Jam berapa kau balik hari ni?" setelah agak lama barulah Anif melepaskan ciuman. Rasa janggal pula dia yang memulakan dulu.
"tak apa. Rose hari ni nak keluar jalan kejap dengan Wani lepas tu dia terus hantar balik.. " beritahu Rose mengeleng kepala. Memang dia sudah rancang dengan sahabat untuk keluar selepas habis kerja nanti.
"kenapa tak bagitau aku?"
"lupa! Tapi sekarang Rose dah bagitau kan.. " balas Rose. Anif menrengus. Dia tidak suka seolah Rose sudah pandai membuat keputusan tanpa meminta izin kepadanya terlebih dahulu. Walhal rasanya itu bukanlah masalah besar sangat pun.
"kalau aku tak izinkan.. " selamba dia berkata. Mata mereka saling membalas renungan. Rose mengeluh. Geram dengan sikap Anif yang bagaikan memperlekehkannya.
"rose bukan nak minta izin dengan ababg pun..just nak bagitau. Tu je" perli Rose tanpa rasa bersalah. Lantaklah berdosa ke tak yang penting dia nak juga keluar malam ni.
"macam aku cakap, aku still suami kau, keputusan terletak di tangan aku.. " kata Anif dengan sengihan kemenangan. Rose mengeleng.
"i know tapi sorry Rose memang nak keluar malam ni. Kalau abang tak bagi pun pedulilah yang penting jangan halang Rose.." balas Rose. Tangan yang baru membuka pintu itu di tarik kasar oleh Anif. Rose menrengus. Matanya tajam memandang ke arah suaminya.
"sejak bila pandai melawan ni? Sejak bila dah jadi kurang ajar?" soal Anif.
"sejak bila pun abang tak perlu tahu. Rose dah malas hidup dengan abang" tengking Rose tanpa sedar. Anif tertawa sinis.
"so nak hidup dengan siapa lagi? Aqqel?"
"what? Aqqel tak ada kena mengena pun dengan hal ni. Lagi pun kalau Rose nak dengan Aqqel kenapa? Salah ke? Adil lah abang dengan aisyah Rose dengan Aqqel.. " balas Rose. Tangannya di tarik kasar sebelum dia dengan pantas meloloskan diri keluar daripada kereta.
"Rose Damia!" panggil Anif geram. Rose tidak mempedulikan lagi.
"kalau abang dah tak tahan nak hidup dengan rose just ceraikan Rose. Senang! Lagi pun Rose dah tak nak lagi dengan perkawinan ni.. " sempat Rose berkata sebelum berlari masuk ke dalam hospital.
Jeritan Anif tidak di pedulikan. Kisah pula dia. Dia memang jenis tak suka bila orang kongkong kehidupannya. Dia tak suka. Lagi pun Anif sendiri susah mahu di bawa bincang. Asyik nak marah saja kerjanya.
YOU ARE READING
She's Mine
RomansaRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...