BAB 59

6K 168 9
                                    

"ada apa nak jumpa aku?" diingin saja suara Rayyan bertanya sebelum menarik kerusi duduk berhadapan dengan kedua lelaki di hadapannya. Siapa lagi kalau bukan Danny dan Anif.

Rayyan mengerling sekilas k arah Anif. Ikutkan hati dia malas nak keluar tapi Danny pula memaksanya. Dengan selamba Rayyan membuka 3 butang bajunya. Butang di lengan juga di buka lalu di tarik hingga ke bawah siku. Rasa panas tiba-tiba.

"kau orderlah dulu.. " ujar Anif perlahan. Sedikit sebanyak buat di gerun melihat wajah beku itu. Sejak di mana dia menampar Rose dulu, sejak itulaha Rayyan langsung tidak menegurnya. Jangankan tegur, jeling sedikit pun tidak. Tidak pernah lagi Rayyan marah dengannya sebegini rupa. Fuhh.. Seram.

"aku tak ada masa nak order bagai. Kerja kat ofis berlambak lagi. So, cakap sekarang apa kau nak.." kata Rayyan bertegas. Anak mata Anif di pandang tajam.

Sejujurnya kalau di tanya hati dia masih lagi marah dengan Anif. Entah kenapa marahnya cepat sangat membuak bila memandang wajah itu. Rasa nak tumbuk sampai pecah tapi dia masih dapat mengawal. Kalau bukan di fikirkan yang Anif sahabatnya sudah tentu Anif di lumat habis-habisan olehnya.

"betul ni takkan order?" duga Anif. Berdebar sebenarnya mahu berkata. Rasa janggan iya juga. Maklumlah sudah berlama lama mereka tidak bertegur. Nak-nak lagi Rayyan diingin dengannya.

"kalau tak ada benda penting aku cau dulu.. " baru saja Rayyan mahu bangun namun Anif sempat menghalang.

"please Rayyan...duduk dulu. Aku ada benda nak cakap dengan kau" rayu Anif. Rayyan terdiam. Dia mengerling pula ke arah danny yang selamba memeluk tubuh. Melihat isyarat mata Danny yang seolah menyuruhnya bersabar akhirnya di akur juga.

Punggung yang sudah terangkat tadi kembali berlabuh di kerusi dengan kasar. Kedua tangan di genggam sehingga jelas kelihatan urat-urat di tangannya.

Anif berdehem. Tangan di angkat memanggil seorang pelayan yang berpakain berwarna putih. Pandangan tajam Rayyan tidak di hiraukan.

"orderlah dulu. Aku belanja" arah Anif memaksa. Rayyan mengeluh sebelum mengorder air dek pakasaan Anif. Orang tak nak dia paksa juga.

"okey, then apa benda yang kau nak cakap.. " laju Rayyan bertanya. Anif membetulkan sedikit duduknya. Hatinya sudah berdegup laju bagaikan menunggu hukuman mati. Fuh..tenanglah duhai jantung!

"aku nak minta tolong sikit dengan kau!" ujar Anif laju. Tidak sampai 5 saat Rayyan tiba-tiba saja tertawa. Entah di mana lucunya. Anif dan Danny berpandangan. Masing-masing mempamerkan riak kehairanan. Lucu ke?

"sejak bila kau minta tolong dengan aku ni?" perli Rayyan dengan tawa yang masih tersisa. Jelas tawa yang sengaja di buat-buatkan. Anif terdiam. Bibir di ketap. Memang benar sepanjang dia hidup tidak pernah lagi dia meminta tolong secara formal sebegini dengan Rayyan. Janggal sangat!

"kalau pasal syarikat kat france kau tak payah risau. Aku dah arahkan budak-budak tu tolong tengokan buat sementara waktu" ujar Rayyan. Anif mengangguk. Itu dia tahu kerana budak-budak suruhan ada memberitahunya melalui telefon. Memang begitu lah cara kalau dia berkerja.

"thanks.. " perlahan Anif berkata. Dia amat kagumi dengan kecekapan Rayyan dalam menguruskan syarikatnya. Tidak hairanlah kalau ramai yang cemburu melihat kejayaannya sekarang.

"tu je ke?" soal Rayyan meminta kepastian. Dari riak wajah Anif dia sudah tahu lelaki itu masih perlukan pertolongannya tapi nak minta tolong apa dia tidak tahu.

"urmm... "

"cakaplah cepat.. " desak Rayyan geram.

"a-aku nak minta tolong... "

She's MineWhere stories live. Discover now