BAB 47

4.4K 153 25
                                    

Anif mengeluh. Matanya langsung tidak dapat di tutup. Keluhan terlepas. Dia hanya diam memandang syiling bilik itu melihat kipas yang berputar tidak berhenti. Anif mengerling ke sebelah. Saat memandang wajah isterinya yang sudah di buai mimpi membuatkan senyuman kecil terukir entah sebab apa.

Dengan penuh berhati-hati dia mengiringkan badan menghadap tubuh sang isteri. Tangan kanan di letakkan di bawah kepala sebelum satu tangan lagi bergerak mengusap hujung bibir Rose yang sedikit kemerahan itu. Timbul rasa bersalah dalam diri bila mengingatkan kembali tindakannya.

Anif leka membelai wajah itu. Tangan perlahan bergerak ke kening isterinya lalu perlahan-lahan turun ke bulu mata panjang milik Rose sebelum turun lagi mencuit hidung isterinya. Dan tanpa sedar akhir sekali tangannya bergerak membelai sekitar bibir Rose. Dari atas turun ke bawah dan naik semula ke atas. Berulang kali dia lakukan.

"perlu ke aku lepaskan kau?" soalan itu tiba-tiba keluar di bibirnya. Wajah tenang Rose tadi berkerut. Mungkin tidak selesa dengan tangan Anif yang menganggu tidurnya. Laju saja Anif menarik tangan.

Anif mengeluh lagi. Dia kembali berbaring seperti biasa. Kedua tangan kali ini di bawa ke bawah kepala sambil mata merenung kembali kipas yang berpusing laju itu.

Boleh tahan lama juga Rose menangis di dadanya tadi hingga isterinya itu senyap dalam pelukannya. Dan bila dia mengangkat tubuh kecil itu ke katil terus saja Rose di buai mimpi. Hari ini saja berapa kali dia nak menangis? Siapa saja tak penat kalau setiap hari menangis?

Mulut yang mula menguap itu di tutup. Berkerut sedikit dahinya bila terasa pipinya pedih bila dia membuka mulut. Bukan main kuat lagi Rayyan menumbuknya tadi. Kalau Rayyan tidak di halang, mungkin giginya sudah patah. Tidak pernah lagi seumur hidup dia bergaduh besar dengan Rayyan seperti itu. Gaduh gurau-gurau memang biasa tapi kali ini gaduh yanh luar biasa.

Penat termenung sendiri. Anif bangun juga dari pembaringannya. Penuh berhati-hati dia melangkah tidak mahu mengejutkan sang isteri. Dia menuju ke meja solek mengambil kapas dan ubat gamat yang di bawa Rose tadi. Sakit pipinya juga salah satu sebab dia tidak dapat tidur. Berdenyut-denyut sakit!.

Walaupun keadaan bilik yang agak samar-samar itu, Anif masih dapat melihat dengan lebih jelas dek mereka memasang lampu tidur. Ubat gamat itu di tuang sedikit ke kapas yang di pegang sebelum perlahan-lahan di sapukan ke pipinya. Sesekali Anif mengeluh sakit.

"A-abang.. "

Anif menoleh tatkala namanya di panggil. Rose terkebil-kebil memandang ke arahnya mungkin agak terganggu tidurnya dek dia mengeluh terlalu kuat. Rose bangaun, dia mendekati Anif. Dengan selamba kapas di tangan Anif di ambil lalu lengan Anif di tarik duduk di katil.

"Rose tolong sapukan.. " ujarnya perlahan. Anif hanya diam tidak lagi membantah. Matanya tidak jemu merenung anak mata Rose. Betul ke gadis di hadapannya ini sudah berputus asa?

"awhh.. " Anif mengadu bila tangan Rose terlalu kuat menekan luka di pipinya. Kening sedikit berkerut menahan kesakitan.

"sakit ke?" tanya Rose yang juga ikut berkerut itu.

"taklah, sedap sangat.." perli Anif. Mencebik bibir Rose. Kerjanya kembali di sambung. Berhati-hati sekali doa menyapu luka di pipi suaminya. Tatkala matanya bertemu dengan Anif lantas saja dia menunduk. Bohong, kalau dia kata cinta dan sayang untuk lelaki itu sudah tiada. Masakam sekelip itu perasaannya hilang namun dia akan cuba hilangkannya walaupun dia tahu ia mengambil masa yang lama.

"dah, okeylah ni!" Anif menolak lembut tangan Rose sebelum dia berdiri mengambil sekali lagi kapas di meja solek tersebut. Sama seperti tadi di tuang sedikit ubat gamat di kapas tersebut lalu dia kembali duduk di tempatnya.

She's MineWhere stories live. Discover now