Rose menghulur tangan meminta salam. Anif mengerling sekilas sebelum dia menyambut huluran itu. Rose tersengih kecil. Ingatkan suaminya tidak mahu langsung menyambut huluran salam kasih sayang darinya.
"hari ni Rose balik awal sikit, maybe jam 5 petang. Abang ambil ke?" tanya Rose lembut. Sungguh dia tidak mahu langsung hubungannya dengan Anif begini. Hambar sangat!
"tengolah kalau aku tak busy" jawabnya selamba membuatkan senyuman Rose yang tadi melebar pudar perlahan-lahan. Macam tu je! Seolah dia langsung tidak penting.
"okey, kalau abang tak dapat ambil Rose balik tumpang kawan, okey?" ujarnya cuba menutup rasa sedih di hati. Anif mengangguk tanpa memandang sikit pun ke isterinya.
"abang.. " panggil Rose lembut. Dia rasa sebak sangat. Dia perasaan yang Anif langsung tidak memandangnya hari ini sejak pertengkaran mereka tadi subuh.
"abang, marah ke?" soalnya lembut. Wajah Anif di pandang. Kenapa dia rasa sakit sangat ni?
"Rose minta maaf, rose janji takkan keluar lagi dengan Aqqel" katanya sambil mengangkat tangan bagaikan berikral. Anif merengus geram.
"aku dah katakan kalau kau nak kawan dengan lelaki mana sekali pun aku tak kisah janji jangan menyusahkan aku sudah. Kau ikut haluan kau, aku ikut haluan aku." diingin saja suara Anif menyapa gegendang telinga Rose. Dia menunduk.
"ab-.. "
"kau dah boleh keluar kut. Aku ada hal lagi nak uruskan lepas ni. So dipersilakan keluar.." usir Anif mematikan kata-kata Rose. Terdiam Rose dengan suara Anif yang semakin meninggi itu.
"okey!" ujarnya sepatah sebelum membuka pintu kereta. Sebelum dia menutup dia mengintai sedikit.
"sorry.. " hampir tidak kedengaraan suaranya meminta maaf lalu pintu itu di tutup rapat sebelum dia melangkah laju tanpa berpaling lagi. Mata di kedip-kedipkan menahan air mata dari terus mengalir. Dia tidak mahu menangis di pagi yang indah ini.
Masuk saja di dalam bilik kerjanya, Rose merebahkan punggung. Keluhan di lepaskan. Kepalanya di lentok malas ke mejanya. Belum apa-apa lagi dia sudah penat. Rose mengeluh lagi. Entah kali ini keluhan ke berapa dia mengeluh. Orang selalu cakap mengeluh tak baik tapi dia mengeluh juga.
Mata yang terasa memberat walaupun dia tidak mengantuk itu di buka perlahan-lahan. Entahlah kenapa dia rasa berat sangat mata ni nak di buka. Bagaikan di gam saja. Nak kata mengantuk dia tak rasa pun dia mengantuk, nak kata penat dia tak penat pun.
Rose meraup wajahnya. Nafas di tarik panjang sebelum di hembus perlahan membuang sisa-sisa sakit di dada. Betapa kini dia rasakan dia semangat tidak bertenaga. Sentiasa lemah. Mungkin di hadapan keluarga dia ceria seperti selalu tapi tiada siapa tahu di sebalik ceria itu tersembunyi rasa yang mungkin tiada siapa yang faham.
Lamunan Rose terhenti tatkala mendengar bunyi pintu di buka. Serta merta bibir mengukir senyuman walaupun tidak seceria hari-hari sebelumnya tapi cukuplah menampak dia baik-baik Saja walapun sebenarnya tak.
"lambat datang.. " tegurnya memandang ke arah Wani yang baru melangkah masuk itu.
"well, aku kan isteri kepada doktor pemilik hospital ni so nak datang jam berapa pun tak kisah" riak Wani berkata sengaja mahu mengusik Rose.
"mengada je. Semalam bukan main muncung kena marah" perli Rose. Bibir di cebik meluat. Masalah yang datang tadi bagaikan di lupakannya buat seketika. Itu lebih baik daripada terus memikirkan masalah yang tiada penyelesaian.
"aku gurau jelah. Tadi aku singgah kat kantin beli sarapa. Tak sempat nak sarapan kat rumah tadi" beritahu Wani. Rose mengangguk sebelum dia selamba mengintai isi makanan di sebalik plastik yang di bawa Wani.
YOU ARE READING
She's Mine
RomanceRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...