"sayang... "
Rose yang sedang mengunyah keropok udang yang di goreng oleh mamanya tadi tersentak tatkala suara Anif kedengaraan.
"uncle Anif dah balik ke?" polos Umairah bertanya yang juga turut ikut makan keropok tadi. Rose mengangguk ceria. Dia hanya mampu menunggu dan melihat saja. Nak datang dekat dia dah tak larat dah. Senyuman terukir apabila melihat susuk tubuh Anif yang sedari tadi di tunggunya.
"assalamualaikum sayang... " sapa Anif ceria. Rose tersengih. Tangan sudah di depa namun hampa bila Anif memeluk tubuh kecil Umairah terlebih dahulu di peluk. Cemberut terus wajah Rose.
"hi uncel!" ramah Umairah menyapa. Maklumlah umur pun dah meningkat. Sejak dah besar mulut itu tidak berhenti bercakap namun kemanjaannya masih lagi setia utuh.
"makan apa ni.. ?" Anif bertanya. Umairah diam. Dia mengambil keropak yang di makannya tadi sebelum dengan baik hati menyuap ke dalam mulut Anif.
"terima kasih... " ujar Anif mengunyah keropok yang di suap Umairah tadi. Umairah hanya tersengih menayang giginya.
"sayang...?" kali ini tumpuan Anif beralih pula ke arah Rose yang sedari tadi hanya berdiam. Anif mengerut dahi bila Rose buat dengar tak dengar saja dengan sapaannya. Selalunya dialah paling bahagia sekali bila Anif dah balik tapi ni...
"kenapa ni..?" lembut Anif bertanya. Bila diam-diam tu adalah benda yang dia rajukknya. Anif melabuhkan punggung bersebelahan Rose. Pipi isterinya di usap lembut cuba menarik perhatian Rose.
"amboi.. Panjangnya muncung.. " usik Anif. Dek terlalu geram dia menarik muncung bibir isterinya. Comel! Muncung-muncung macam nak minta kiss. Well, dia tak kisah sangat kalau minta kiss. Lebih dari kiss pun dia boleh buat.
"sayang...?" meleret Anif memanggil. Marah sangat dah nampaknya. Pandang sikit pun tak.
"abang buat salah ke?" tanya Anif. Rose mencebik. Wajah Anif di pandang tajam bagaikan memberi amaran. Gerun pula Anif melihatnya. Kalau dah perempuan mengamuk habis satu rumah kena. Silap-silap boleh roboh rumah di buatnya.
"abang tak peluk Rose pun tadi.. " rungut Rose meluahkan rasa tidak puas hatinya. Anif tertawa kecil namun hanya sementara dek takut melihat wajah masam isterinya.
"iyalah.. Meh sini baby abang ni.. " tanpa sempat Rose mengelak tubuhnya kini sudah selamat berada dalam dakapan sang suaminya. Rose diam. Jauh sekali mahu menolak. Dalam diam dia suka sebenarnya kena peluk.
"sayang marah sebab abang peluk Mairah dulu ke?" soal Anif. Rose mengangguk. Marah tu sikit je tapi dia cemburu.
"dengan budak-budak pun nak cemburu ke sayang..?" terletus juga tawa Anif.
"mestilah.. Abangkan Rose punya je. Mana boleh perempuan lain ambikk.. Never!" tegas Rose berkata. Anif hanya mampu tersenyum. Layankan sajalah ibu mengandung seorang ni.
"iyalah.." satu kucupan sayang singgah ke dahi isterinya sebelum dia melepaskan pelukan.
"sate mana?" sambil Rose bertanya tangannya tetap bergerak mengambil tangan kanan Anif lalu di salam hormat. Sudah menjadi kewajipan seorang isterinya itu menyalam suaminya tidak kira sebelum atau selepas ke kerja. Wajib! Itu tandanya kita hormat dan sayangkan suami kita.
"abang tak beli lagi.... "
.....
"petang nanti kita keluar cari sate.. " melihat wajah cemberut Rose cepat-cepat Anif menyambung kata-katanya yang sengaja di hentikan. Sengaja nak tengo reakasi rose seperti mana.
"okey. Nanti kita singgah beli barang baby sekali ye..?" ceria Rose berkata. Anif mengangguk. Memang itu niatnya sebenarnya. Lagi pun kandungan Rose sudah masuk 7 bulan lebih. Tidak lama lagi akan melahirkan. Dan semestinya dia tidak sabar menanti hari itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
She's Mine
RomanceRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...
