BAB 44

3.8K 144 70
                                    

"sedap sangat ke kek tu sampai kau sanggup bawa aku pergi sini?" sedari tadi mulut Wani tidak berhenti membebel. Rose mengangguk. Entah kenapa dia rasa, dia mengidam makan kek.

"sedaplah weyy..hari tu aku dah rasa" teruja Rose berkata. Wani mengangguk. Beria sangat Rose mengajaknya ke kedai kek entah apa. Dia pun iyakan saja, kesian pula tengo wajah teruja Rose tu.

"kau mengandung ke?" selamba saja Wani bertanya sambil tangan sudah sedia membuat seat belt di tubuhnya. Mujur juga dia pandai memandu. Senang sikit mereka mahu jalan.

"mana adalah!" pantas Rose berkata. Tangannya mencubit lengan Wani geram. Kuat Wani mempertawakan Rose. Lucu melihat riak wajah terkejut Rose.

"kut, kut lah dah berisi kan mana tau.. " usik Wani sambil mengangkat keningnnya. Belum sempat Rose mahu melayangkan tamparan di lengan, Wani dengan laju keluar dari kereta yang di pandunya meninggalkan Rose seorang diri.

Rose mengetap bibir tatkala melihat Wani yang berada di luar itu tersengih-sengih. Tangan turut membuka seat belt. Mengandung? Macam mana nak mengandung kalau orang tu tak sentuh lagi. Dari celah mana pula dia boleh mengandung?

Rose mengeluh. Pintu kereta di buka. Dia malas nak fikir. Yang penting dia nak rasa kek yang diidamkan sangat itu. Entahlah kenapa dia teringin sangat. Biasalah ada kala wanita period juga mengidam. Senyuman manis terukir saat melihat gerai kek di hadapannya.

"aku tak sabar nak rasa.. " ujar Rose. Tubuhnya yang lengkap berpakaian formal itu melompat kecil. Tadi pagi dia sakit perut, Sekarang nak makan kek pula. Macam-macam!

"jom jom.. Aku yakin kau pun aku beli dua kali punya" kata Rose dengan senyuman yang semakin melebar tatkala kini mereka sudah masuk ke gerai kek itu.

"woahh.. Banyak gilak dia jual kek!" ujar Wani sedikit terpegun. Tidak semena-mena kepalanya di sekeh oleh Rose. Cemberut terus wajahnya.

"dah, nama pun kedai kek takkan nak jual seluar dalam kau pula" marah Rose. Geram dengan perangai bodoh kawannya itu.

"isshhh, dia nikan. Aku tinggalkan kat sini baru tau" ugut Wani. Kepala Rose pula di sekehnya. Masing-masing tidak mahu kalah.

"iyalah, sorry.. " dengan selamba Rose mengucup pantas pipi Wani. Terkejut Wani di buatnya.

"jom, kita beli. Nanti lambat pula nak masuk bertugas" tanpa menghiraukan riak terkejut Wani, Rose menarik lengan sahabatnya mendekati ke meja yang meletakkan beberapa kek.

"aku nak rasa yang ni lah.. " Rose menunjukkan ke arah kek coklat itu.

"nak ni juga.. "

"woah, ni pun nampak sedap.. "

Tidak berhenti mulutnya berkata. Habis semua kek mahu di belinya walaupun pada mulanya hanya kek coklat saja menjadi pilihan tapi bila nampak kek lain, nak rasa juga kek tu. Kalau boleh satu kedai dia nak beli.

"seriuslah kau nak beli tiga-tiga ni?" soal Wani sedikit terkejut dengan tindakan Rose yang beriak biasa mengambil tiga jenis kek yang di tunjuknya tadi.

"salah ke?" dengan wajah yang maha polos itu Rose bertanya. Wani mengeleng. Sempat juga dia mengeluh. Susah berkawan dengan nafsu makan macam ni. Semua nak di beli.

"beli jelah apa yang kau mahu..." ujar Wani mengalah. Berbanding Rose dengan dirinya dia hanya beli satu kek saja. Biasalah dia memang jenis jaga kesihatan. Anak-anak makan kek tak boleh banyak sangat yer? Jangan jadi macam Rose!

"dahlah. Kita bayar jom.." ajak Rose sudah tidak sabar-sabar. Wani mengangguk.

Tatkala mereka mahu jalan menuju ke tempat pembayaran. Mata Rose tertumpu pada dua pasangan yang tidak jaug dari jarak mereka. Lebih membuatkan dia terkejut bila melihat agenda suap-menyuap pasangan itu. Memang tak salah nak bersweet-sweet tetapi lelaki itu.. Bukankah....

She's MineWhere stories live. Discover now