𝗖𝗛𝗔𝗣𝗧𝗘𝗥 𝟯

4.8K 244 2
                                    

BILIK yang separa malap itu hanya diterangi dengan lampu tidur disisi katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BILIK yang separa malap itu hanya diterangi dengan lampu tidur disisi katil

Seorang gadis yang sedang diulit mimpi itu meracau-racau seperti kerasukkan . Matanya terpejam rapat , tangannya menggengam kuat cadar katil membuatkan cadar itu kelihatan kusut

Peluh makin banyak merinik di dahi gadis itu. Gadis itu sedang berada di dalam mimpinya. Dahi berkerut seakan menahan kesakitan

" Abang Qair ! " Budak kecil itu berlari mengejar lelaki yang dipanggil sebagai Abang Qair tadi

Fattah Al Qair hanya memandang ke hadapan tanpa menoleh lagi ke belakang . Dia harus meninggalkan gadis itu walaupun hatinya tidak rela . Bonda dan Ayahndanya sudah menunggu di dalam kereta

Berkawan dari kecil dan harus melupakannya sekarang adalah satu perkara yang sukar buatnya . Dia yang sentiasa menemani gadis kecilnya itu dikala suka dan duka

" Abang Qair ! Janganlah -- " Bicara Anaya terhenti sendiri apabila kakinya tanpa sengaja tersepak batu dan dia terus terjatuh

PAK !

Fattah menoleh ke belakang . Terkedu dirinya buat seketika apabila melihat Anaya sudah terjatuh duduk

" Aww " Anaya meringis sambil terduduk . Lututnya yang sedikit melecet itu disentuh perlahan . Air mata menitik perlahan apabila lututnya terasa pedih dan sakit

Fattah meninggalkan beg galasnya disitu . Dia berlari kecil kearah Anaya . Membesar matanya apabila melihat lutut Anaya sudah lecet dan ada sedikit darah yang mengalir

" Babyqirl , Abang Qair so sorry " Sedih Fattah berbicara . Memujuk si gadis

" Abang Qair janganlah tinggalkan Cahaya " Tersebek - sebek bibir itu berbicara . Dia sudah tidak pedulikan luka di lututnya

Makin luluh hati Fattah melihatnya . Walaupun gadis itu tidak meraung kesedihan tetapi dia cukup mengenali Anaya, gadis itu sedang berusaha untuk tidak menagis dihadapannya

Tanpa mempedulikan Anaya yang teresak kecil , Fattah mengeluarkan satu sapu tangan kecil dari dalam jaketnya . Untung dia membawa sapu tangan itu . Itupun kerana suruhan Bondanya

Fattah melipat sapu tangan kecil itu menjadi panjang dan sapu tangan itu dibalutkan pada lututnya . Di ikat tidak terlalu kemas dan tidak terlalu kuat

" Abang Qair tak boleh nak buat apa sayang . Nanti kita jumpa lagi . Abang akan cari Cahaya , itu janji abang " Tekad Fattah . Benar , dia harus mengikuti keluarganya berpindah di Sabah

Tuan Fattih harus menguruskan urusan di sana . Hal yang berkaitab dengan syarikatnya . Jadi mereka harus berpindah di sana selama sepuluh tahun

" Cahaya taknak abang tinggalkan Cahaya " Fattah mengeluh perlahan . Mahu tak mahu dia harus juga tinggalkan Cahaya

𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑Where stories live. Discover now