KERETA RS7 itu meluncur laju di atas jalan raya . Fattah Al Qair membawa keretanya laju tanpa mempedulikan kenderaan-kenderaan lain yang berada di atas jalan raya pada waktu itu
Entah kemana hala tujunya . Dia hanya membawa keretanya untuk melepaskan amarah yang masih tersisa di dalam hati
Apabila keretanya lalu di hadapan sebuah kelab malam mewah , matanya tertuju disitu . Entah apa yang merasuki fikirannya , laju tangannya memutar stereng membuat pusingan U-turn
BUAT kesekian kalinya dia menangis lagi . Tubuh bersandar pada rangka katil . Tangan mengelus lembut perutnya yang sudah menampakkan bentuk
Apabila masuk minggu ke-20 , jantina anaknya bakal diketahui . Memikirkan sikap Fattah kepadanya tadi , dia mula berfikir sendiri . Patutkah dia masih setia berada di samping lelaki itu atau pergi meninggalkan Fattah
Bercerai ? Itu sama sekali tidak mungkin ! Walaubagaimana pun , hubungan mereka masih boleh diperbaiki . Cuma .. mungkin dia perlukan sedikit masa . Dalam keadaan dia sedang mengandung sebegini , takkanlah sedikit pun Fattah tidak memikirkan tentang keadaannya
Kalau tidak mahu memikirkan tentangnya sekalipun , fikirlah tentang anak mereka yang bakal lahir nanti
Jadi itulah yang dia fikirkan . Dia perlukan masa buat seketika . Mungkin Fattah pun sama , perlukan masa untuk berfikir . Atau lelaki itu sendiri sudah tidak mahu melihatnya ?
Memikirkan itu membuatkan air mata Anaya berderai lagi . Laju dia menekup wajahnya dengan tangan . Sudah tidak dapat menahan fikiran negatifnya dari terus bermaharajalela di dalam kepala
Tubuh dibangkitkan dari duduknya . Dia ingin ke kamar mandi untuk membersihkan diri sebelum bertemu dengan Elena . Dia tidak boleh tipu diri sendiri untuk menyimpan semua masalahnya sendiri . Kemungkinan dia boleh menghadapi stres yang melampau
Pintu kamar mandi dibuka dan dia melangkah masuk ke dalam . Entah dimana silapnya , kakinya tergelincir pada permukaan lantai dan menyebabkan dia hilang keseimbangan diri
YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑
Romantik𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑 [ ending yang tergantung sebab author writers block untuk sambung HIS PAINKILLER puasa dan raya version ] Berkahwin dengan crush sendiri masa zaman kanak-kanak ? Bahagia kah ? Ditinggalkan sendirian tanpa sempat dia men...