𝗖𝗛𝗔𝗣𝗧𝗘𝗥 𝟱𝟬

2.4K 98 5
                                    

KEDIAMAN ibu bapanya sedang dipenuhi dengan ramai orang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEDIAMAN ibu bapanya sedang dipenuhi dengan ramai orang . Semuanya hadir untuk menyambut hari lahirnya pada harini

Dia cantik berpakaian abaya bewarna putih dan tudung pula bewarna pink pastel . Gabungan warna lembut yang sangat sesuai dengan kriteria dan keperibadiannya

Tetapi kehadiran seseorang membuatkan dirinya ternanti-nanti dan tidak dapat duduk diam . Dia sedang berada di muka pintu untuk menyambut tetamu

Senyuman sahaja yang tidak lekang dari bibirnya tetapi hati sudah gundah gulana

" Adik , pergilah duduk dulu . Penat ni berdiri sambut tetamu " Usapan di bahunya membuatkan Anaya menoleh memandang belakang

Puan Hafizah

" Tak apa ke Ibu ? " Lengan Ibunya dipaut mesra sebelum kepalanya di sandarkan disitu . Tenang rasanya

" Takpa , biar Ibu pula yang sambut tetamu . Pergi minum air dulu dekat dapur . Ada along dengan angah " Kepala Anaya yang berbalut dengan shawl itu diusap penuh sayang

" Yelah kalau Ibu kata macamtu . Apa-apa panggil Anaya tau ? " Sempat Anaya berpesan

" Ya sayang .. " Puan Hafizah hanya mengangguk dan tersenyum

Apabila tiba di dapur ada Cahaya Adena dan Cahaya Akira . Turut ada Eijaz Dzakwan dan Idlan Naufal , abang iparnya

" Adik , mehlah duduk " Cahaya Akira menuntun perlahan adiknya untuk melabuhkan duduk di kerusi meja makan

Dapur mereka tidaklah berselerak mana memandangkan semua hidangan untuk para tetamu di sediakan oleh pihak katering sahaja

" Nak air tak ? " Cahaya Adena pula menyoal . Anaya hanya mengangguk

" Boleh juga . Nak fresh oren tu .. " Bibirnya memuncung panjang menunjukkan air fresh oren yang terisi di dalam balang besar

Sempat bibir tersengih lebar melihat jelingan tajam oleh kakak sulungnya itu . Dia tahu Adena marah kerana minum air manis seperti itu . Tetapi tidak salahkan ?

" Adik makan belum ? " Soalan dari Eijaz Dzakwan membuatkan Anaya memandang kearah lelaki itu

" Belum bang " Anaya hanya simpulkan senyuman kecil apabila menjawab

" Nak makan ke ? Abang Fal boleh tolong ambilkan " Idlan Naufal suami kepada Cahaya Akira menyoal

" Erm .. takpalah . Tak rasa nak makan lagi " Jawapan Anaya membuatkan Idlan hanya menganggukkan kepalanya . Duduk kembali dilabuhkan bersebelahan birasnya

" Along .. along ada jemput Fattahkan ? " Anaya menyoal selepas dia menyisip sedikit air yang berada di dalam gelas panjang itu

" Eh ada ! Dia kata dia datang harini " Balas Adena . Dia kembali duduk bersebelahan dengan suaminya

𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑Where stories live. Discover now