" JADI itu sahaja perbincangan kita untuk harini . Kalau ada apa-apa masalah boleh cari Hud , nanti Hud akan refer dengan saya . Ini adalah last meeting kita sebelum saya bercuti untuk beberapa bulan . Due isteri saya dah dekat jadi doakan yang baik-baik untuk kami sekeluarga . Terima kasih " Penuh berkarisma Fattah memberikan kata penutup bagi mesyuarat mereka pada hari ini
Selesai ucapan dari lelaki itu , semua pekerja bangun dan menunduk hormat . Jarang sekali mereka lihat seorang Fattah Al Qair tersenyum sepanjang mesyuarat berlangsung tadi
Fattah terus berlalu keluar dari bilik mesyuarat setelah selesai bersalaman dengan pekerja lelaki
Pejabatnya dituju . Hud masih setia mengikutinya dari belakang . Tidak sabar untuk pulang ke rumah berjumpa dengan isteri tercinta . Hilang sudah beban kerjanya buat seketika . Masa untuk melayani dan menjaga Anaya pula sekarang
" Fattah ! " Tiba-tiba Fawwas Al Qaim datang menerpa kearah adiknya . Fattah menoleh . Langkahnya terhenti
" Apa ? " Dalam nada meluat dia menyoal . Dia kembali menyambung langkah biarpun dia tahu Fawwas sedang mengikutinya dari belakang
" Fattah tunggulah dulu sial ! " Dengan bengangnya Fawwas terus menarik bahu Fattah dengan kasar supaya langkah adiknya itu berhenti sekaligus membuatkan Fattah memandang kearahnya
Kedua-dua wajah lelaki itu kelihatan bengis . Para pekerja yang melintasi mereka pun tunduk takut . Siapa tak kenal mereka berdua ini ? Kalau dah bertemu jarang hendak bermanis muka . Sudahlah dua-dua ni tegas dan garang apabila sedang bekerja
" Kau nak apa ? " Fattah tepis kasar tangan Fawwas yang masih berada dibahunya . Bahu lelaki itu sempat ditunjal kasar . Fawwas hanya menahan sabar dan mengambil nafas panjang
Kalau bukan disebabkan berita yang isterinya sampaikan tadi , rasanya dah lebam muka Fattah akibat daripada tumbukan dia
" Isteri kau .. "
" Kenapa dengan isteri aku ? " Hilang raut wajah yang tadinya bengis , berganti dengan raut wajah yang penuh kerisauan . Hati Fattah mula dipalu dengan rasa yang tidak enak
" Ada dekat hospital sekarang " Dang !
YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑
عاطفية𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑 [ ending yang tergantung sebab author writers block untuk sambung HIS PAINKILLER puasa dan raya version ] Berkahwin dengan crush sendiri masa zaman kanak-kanak ? Bahagia kah ? Ditinggalkan sendirian tanpa sempat dia men...