𝗖𝗛𝗔𝗣𝗧𝗘𝗥 𝟯𝟵

2.3K 110 8
                                    

FATTAH AL QAIR pantas bangun dari duduknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

FATTAH AL QAIR pantas bangun dari duduknya . Kotnya kembali dikemaskan dan butang kot kembali dibutangkan . Wajah dimaniskan dan senyuman diukir ikhlas

" Terima kasih Dato' sebab masih sudi bekerjasama dengan syarikat saya . Inshaallah kalau tiada apa-apa halangan , projek itu akan dilaksanakan pada bulan hadapan " Tutur Fattah tenang . Dia sudah biasa berurus niaga bersama dengan orang ternama , jadi ini bukanlah kali pertama baginya . Kerana itulah dia tenang sahaja dan tidak kekok berbicara

" Sama-sama . Kalau ada apa-apa penambahan maklumat atau ada masalah yang dihadapi semasa projek itu dijalankan , awak boleh hubungi pembantu saya " Dato' Rahim turut mengukir senyuman sama

" Baik Dato' , saya sudah sedia maklum tentang tu " Kerana sebelum ini kalau terjadi apa-apa masalah , semuanya Luna yang uruskan

" Kalau tiada apa-apa lagi , saya beransur dulu . Assalamualaikum " Tangan tua itu dihulur kepada Fattah . Laju Fattah menyambut dan mereka berjabat tangan sementara

" Waalaikumussalam Dato' " Terungkai sahaja perjabatan tangan itu , terus Dato' Rahim keluar dari Cafe Impiana KLCC Hotel . Tempat dimana menjadi pertemuan mereka berdua untuk berbincang mengenai projek baharu yang akan dijalankan bersama

Terus hilang senyuman dibibir Fattah . Punggung kembali berlabuh di atas kerusi . Nafas penat dilepaskan seketika

Akhirnya !

Sekarang dia sudah boleh pulang untuk bertemu isterinya . Minuman panas yang bersisa sedikit sahaja lagi di dalam cawan dihirup sehingga habis

Hud Albern masih setia berdiri , menunggunya . Tegak sahaja lelaki itu berdiri di belakangnya . Dengan tangan yang diletakkan di hadapan badan juga riak wajah yang dingin . Matanya tidak kelihatan , kerana setiap kali Hud bekerja di luar , dia akan memakai cermin mata hitam

" Hud " Fattah memanggil dan Hud mendekat

" Ya Tuan Muda ? " Perlahan Hud menjawab . Dia tidak pernah menjawab dengan kasar apabila orang yang menyoalnya itu adalah Fattah

" Jom balik . Aku dah tak ada meeting lepasni . Kau pun aku lepaskan balik awal " Terang Fattah . Dahi Hud berkerut seketika . Jam tangannya ditilik

Baru pukul dua belas tiga puluh tengah hari . Awalnya dia dilepaskan balik . Kerja separuh harilah ni ?

" Betul ke Tuan ? " Kerana mahukan kepastian , dia menyoal kembali . Manalah tahu telinganya yang bermasalah

" Ya " Fattah menjawab tegas . Sukar betul Hud mahu mempercayainya jikalau dia melepaskan lelaki itu untuk pulang lebih awal

Fattah terus bangun dari duduknya . Kerana kerjanya disini sudah selesai jadi dia hendak segera pulang . Baru sahaja kakinya melangkah setapak keluar dari kawasan lobi hotel itu , terasa namanya dilaung

" Fattah ! " Mata Fattah membelingas mencari susuk tubuh yang memanggilnya itu . Terus matanya terhenti pada seorang wanita yang tegak berdiri di hadapannya kini

𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑Where stories live. Discover now