WAJAH isterinya di sebelah ini ditatap sambil tersenyum . Tak salah bukan tatap wajah isteri lama-lama ? Bukan dapat dosa pun , malah dapat pahala lagi adalah
Pandangan dihalakan keluar tingkap kereta . Memandang permandangan yang menenangkan
Ada sawah padi yang menyapa kornea mata . Atas permintaan maktok , dia dan Anaya pulang ke kampung pada petang ini
Setelah sekian lama dia tidak pergi ke kampung , akhirnya harini dia dapat merasai kembali suasana kampung . Kampung ini juga adalah kampung miliknya
Dapat dilihat banyak kereta yang tersusun di luar rumah maktok . Kata Puan Hafizah , adik-beradik mereka dan saudara-mara Anaya yang lain turut sama pulang ke kampung . Jadi disebabkan itulah dia dan Anaya harus turut sama pulang
Pandangan dihalakan memandang wajah isterinya yang terlentok di kerusi penumpang . Tadi semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pahang , wanita itu hanya melayan dirinya untuk berborak . Dia bercakap , Anaya membalas . Dia menyoal , Anaya menjawab . Tiba-tiba sahaja wanita itu diam . Tahu-tahu sudah terlena
TOK ! TOK !
Fattah terus berhenti dari merenung wajah cantik Anaya . Mata memandang kearah gerangan yang mengetuk tingkap keretanya . Dia mengukir senyum buat Eijaz dan Idlan yang berada di luar keretanya
Punat yang berada disebelah pintu keretanya itu di tekan dan automatik tingkap keretanya turun secara sendiri
" Jomlah masuk , kau buat apa lagi dekat dalam kereta ? Panas ni " Eijaz mengajak Fattah . Matanya dikecilkan bagi melihat wajah Fattah . Panasnya terik mentari membuatkan matanya mengecil
" Nak masuklah ni . Sekejap , nak kejutkan Anaya " Fattah menoleh memandang kearah isterinya yang masih nyenyak tidur di kerusi penumpang . Walaupun mereka berdua sedang bercakap , Anaya masih tidak sedar dari lenanya itu
" Okay . Cepat sikit . Aku dengan Idlan masuk dalam dulu " Idlan hanya diam sambil tersenyum . Dia masih belum biasa untuk bercakap dengan Fattah . Maklumlah introvert . Tetapi kalau setiap hari bertegur , pasti lama-kelamaan hubungan mereka akan rapat juga . Mereka sudah menjadi sebuah keluarga sekarang
" Kak Adena dengan kak Akira mana ? " Fattah meliarkan pandangannya . Tidak nampak pula kelibat kakak-kakak iparnya itu . Hanya ada suami mereka sahaja di depan matanya ini
" Diorang awal-awal lagi dah masuk dalam rumah " Kalini Idlan pula yang bersuara . Tetapi suaranya perlahan sahaja
" Okay "
YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑
Romance𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑 [ ending yang tergantung sebab author writers block untuk sambung HIS PAINKILLER puasa dan raya version ] Berkahwin dengan crush sendiri masa zaman kanak-kanak ? Bahagia kah ? Ditinggalkan sendirian tanpa sempat dia men...