CAHAYA ANAYA menggeliat perlahan . Tubuh mengiring kekiri . Tangan meraba tempat tidur disebelahnya
Aik tak rasa apa-apa pun . Tak rasa macam ada badan manusia pun disebelahnya ini . Mata dicelik perlahan
Sinaran mentari hanya menembusi sedikit sahaja dari langsir di dalam bilik tidur itu . Tubuh dibangkitkan perlahan
" Mana pula laki aku ni " Jarang sekali apabila dia bangkit dari lena , susuk tubuh Fattah tiada disisinya
Maklumlah , suaminya itu ulat bulu !
Dia memandang kakinya yang terseliuh semalam . Boleh tahan bising juga mulut suaminya semalam . Pok pet pok pet ! Tapi selepas itu Fattah meminta maaf . Katanya bebel kerana sayang
Kakinya diturunkan perlahan dari katil . Tidak boleh lasak-lasak , risau kakinya akan terasa sakit nanti
Tubuh dibangkitkan dan dia terus melangkah masuk ke dalam kamar mandi . Mahu membersihkan diri terlebih dahulu
Nanti-nanti jelah dia cari Encik suami itu
SELIPAR disarungkan pada kaki . Mata meliar mencari kelibat suaminya . Tiada pula dia nampak
Kereta Fattah pun tiada disini . Kemana pula suaminya pergi ? Keluar ke ? Tapi takkanlah tak kejutkan dia dahulu
" Kau buat apa dekat bawah ni Anaya ? " Tubuh Anaya yang berdiri di halaman luar itu di dekati . Dari tadi lagi dia melihat sepupunya itu seakan mencari sesuatu . Entah apalah yang dicarinya
" Aku cari Fattah . Kau ada nampak dia tak ? " Tubuh tidak dipusingkan menghadap Aisha . Mata masih meliar memandang sekeliling
" Aik ? Bukan ke dia dah balik KL pagi tadi ? " Ruas dahi wanita itu berkerut . Serasanya , selepas subuh tadi lagi dah Fattah gerak pulang . Sampaikan tidak sempat bersarapan dahulu
YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑
Romance𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑 [ ending yang tergantung sebab author writers block untuk sambung HIS PAINKILLER puasa dan raya version ] Berkahwin dengan crush sendiri masa zaman kanak-kanak ? Bahagia kah ? Ditinggalkan sendirian tanpa sempat dia men...