TANDATANGAN diturunkan pada kertas yang tertulis dengan laporan yang telah disiapkan oleh pekerjanya
Sudah tiga tahun berlalu . Tipu jikalau dia tidak memikirkan sedikit pun tentang gadis pujaannya dulu . Setiap hari , beginilah rutinnya . Menyibukkan diri sendiri
Hampir sebulan juga dia hanya berdiam diri dirumah dan semua kerjanya di FAQ diuruskan oleh Tuan Fattih
Dia masuk semula ke syarikat pun apabila menerima banyak aduan dari Hud bahawa pekerja makin menjadi-jadi
Ramai diantara pekerjanya hanya duduk goyang kaki dan tidak melakukan kerja . Kata Hud , mereka tidak takut akan Tuan Fattih . Kerana keperibadian lelaki itu seorang yang lemah lembut . Tidak seperti Fattah yang sentiasa tegas dan dingin
Selepas sahaja dia masuk ke dalam syarikat , seramai 10 pekerja yang dia pecat . Dia tidak kesah jikalau dia kurang pekerja sekali pun . Dia pasti akan ada ramai lagi orang yang ingin meraih tempat untuk bekerja di syarikatnya
" Tuan " Fattah mengangkat kepala melihat gerangan yang masuk ke dalam biliknya
Hud
" Kenapa ? " Nada suara Fattah dingin dan beku seperti selalu
" Tuan Arsyad kata syarikat dekat UK ada problem " Mahu tergagap Hud bercakap
Tak dinafikan Tuan Fattahnya ini boleh dibawa bergurau . Tetapi selepas habis waktu bekerja . Lagipun , dia perasan Fattah berubah selepas 3 tahun yang lalu
" Bila ? " Kening Fattah berkerut . Dia memang tidak pegang telefonnya 24 jam , tapi kalau ada perkara penting , dia akan balas secepat yang mungkin
" 20 hari bulan 3 haritu Tuan " Terus tertunduk Hud apabila wajah tuannya berubah riak
Sudah . Nak keluar aura-aura singa mengaum !
" Hah ? Kenapa lambat sangat dia bagitahu kau ? "
" Saya tak pasti apa sebabnya tuan . Tapi Tuan Arsyad cakap , dia dah informkan pada Tuan, tapi Tuan tak balas apa-apa pun . Jadi dia minta tolong saya untuk sampaikan pada tuan " Adakah dirinya yang bersalah ? Oh semestinya tidak . Dia cuma bantu Tuan Arsyad untuk sampaikan hal itu kepada Tuan Fattah
" Dia inform aku dekat mana ? "
" Dekat e-mel " Hud tersengih
" Bodoh ke apa Arsyad ni ? Takda tempat lain ke dia nak contact aku ? Call kan boleh . Sejak bila jantan ni jadi bebal . Tak boleh fikir . Siapa je yang guna e-mel ni ? Zaman bila ? "
" Okay . Kau boleh keluar " Hud mengangguk dan tersenyum lega
Alhamdulilah !
" Terima kasih Tuan " Terus Hud berpaling laju untuk keluar dari bilik yang serasa seperti kutub utara itu
YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑
Romance𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑 [ ending yang tergantung sebab author writers block untuk sambung HIS PAINKILLER puasa dan raya version ] Berkahwin dengan crush sendiri masa zaman kanak-kanak ? Bahagia kah ? Ditinggalkan sendirian tanpa sempat dia men...