CAHAYA ANAYA tersedar dari lenanya apabila mendengar orang seperti mendesis sakit . Terus dia bangkit dari pembaringan
Sepit rambut yang berada di atas meja tepi katil itu di ambil . Rambut panjangnya disanggul dan dikepit menggunakan penyepit itu
Belakang tubuh Fattah dipandang . Sudah hilang baju di badan di lelaki . Fattah hanya memakai kain pelikatnya sahaja
Sesekali nampak Fattah memukul lengannya , menghalau nyamuk mungkin . Dan ada juga dia nampak Fattah menggaru-garu disekitar badan
" Abang .. " Suara gemersik halusnya memanggil Fattah . Belakang tubuh lelaki itu dipegang membuatkan Fattah tersentak sendiri
Tangan Anaya dan belakang badannya bersentuh tanpa ada alas . Kehangatan dari tangan Anaya membuatkan dirinya terasa nyaman
" Sayang ... kenapa bangun ? " Suara serak basah lelaki itu berbunyi . Anaya dapat mengagak bahawa lelaki itu baru juga bangun dari tidur
" Abang okay ke ? Kenapa bangun ? " Fattah menghentikan tangannya dari menggaru . Dipejamkan matanya sahaja apabila gatal di lengannya semakin terasa
" T-tak , abang takboleh tidur " Fattah berkata . Memang benar dia tidak dapat tidur kerana nyamuk tak habis-habis datang dan menggigitnya
Apa handsome sangat sangat ke diani , sampai nyamuk tak henti-henti menggigit
" Kenapa abang takboleh tidur ? Mimpi buruk ? " Anaya mengesot sedikit dan duduk di sebelah Fattah . Dia turut sama duduk di birai katil itu
" Tak , abang tak mimpi buruk pun . Abang terjaga tiba-tiba " Fattah tersenyum kecil . Walaupun dalam kesamaran malam , dia masih boleh melihat wajah cantik isterinya itu
" Sayang tidurlah dulu . Nanti abang tidur balik " Fattah menggenggam tangan Anaya seketika . Anaya hanya diam , cuma matanya sahaja yang memandang kearah lengan Fattah
Ada bintik-bintik kecil yang kemerah-merahan . Dia tahu Fattah terjaga kerana nyamuk tidak henti-henti menggigit
Anaya mengeluh dalam diam . Kenapalah Fattah tidak berterus-terang ? Tengoklah sekarang , habis badan lelaki itu . Tangan Fattah juga tidak henti dari menggaru
" Sayang ? " Anaya hanya memandang wajah suaminya . Dia terus bangkit dari duduk . Cardigan dan tudung sarung dipakainya
" Sayang nak pergi mana ? " Terkebil-kebil Fattah memandang isterinya yang laju bersiap itu
" Abang duduk je dekat situ " Anaya berpesan tegas . Dia terus berlalu keluar dari bilik
Bilik maktok ditujunya . Pintu diketuk beberapa kali sebelum muncul wajah wanita tua itu disebalik pintu
" Anaya , kenapa ? " Anaya tersenyum kekok . Bukan niatnya untuk mengganggu maktok , tapi ini emergency
" Maktok ada ubat nyamuk tak ? " Ruas dahi maktok berkerut seketika . Dia cuba mengingati jikalau masih ada
YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑
Romance𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑 [ ending yang tergantung sebab author writers block untuk sambung HIS PAINKILLER puasa dan raya version ] Berkahwin dengan crush sendiri masa zaman kanak-kanak ? Bahagia kah ? Ditinggalkan sendirian tanpa sempat dia men...