" SAYANG ! Dah siap ke belum tu ? " Fattah melaung dari bawah . Isterinya masih lagi bersiap di dalam bilik dan dia hanya menunggu di ruang tamu bawah
Mahu menunggu isterinya itu di atas , Anaya menegah . Wanita itu menyuruhnya untuk memanaskan enjin kereta dulu
Jadi dia ikutkan sahajalah
Hari ini terlalu banyak rancangan yang mereka berdua akan lakukan . Pertama , pergi ke klinik untuk membuat check-up . Kedua , pergi ke pasar raya pula untuk membeli barang dapur memandangkan kebanyakkan barang sudah pun habis
Awalnya Fattah merancang untuk membeli barang dapur sendirian , tetapi Anaya awal-awal lagi sudah berkata bahawa dia akan mengikut Fattah sama . Apabila Fattah melarang , mulalah mata bundar itu akan berair
Mudah betul sensitif !
" Abang ! " Fattah yang tadi duduk bersantai di atas sofa terus tegak tubuh bangun dari duduknya
" Abang , Anaya dah siap ! Tengok , cantik tak ? " Anaya yang waktu itu sedang berdiri di hujung tangga atas memusingkan tubuhnya membuatkan gaun yang di pakainya mengembang cantik
" YaAllah sayang ! Watch your step ! Kenapa duduk hujung tangga tu ? Berdiri jauh sikitlah dari tangga ! " Tidak dapat mengawal rasa risaunya membuatkan suara Fattah berbunyi tegas
Boleh pula isterinya itu ceria berpusing-pusing di hujung tangga . Kalau tersilap langkah tu ...
Tidak terbayang dirinya apa yang akan terjadi !
" Ala .. Anaya nak tunjuk dress Anaya ni je " Dengan bibir yang memuncung wanita itu terus menundukkan kepalanya ke bawah
Sedih ..
" Ya abang tahu . Tapi YaAllah sayang .. duduklah jauh sikit dari tangga "
" Yelah .. Anaya salah " Anaya terus menjauh sedikit dari tangga . Diam dia menekur lantai dengan jari-jemari yang bermain sesama-sendiri
" Sudah , cepat turun " Fattah mengeluh sebelum mengarah isterinya untuk turun
" Okay ! " Sekelip mata , emosi yang tadi sedih terus berubah ceria . Laju riak wajah Anaya bertukar gembira sambil menuruni anak tangga
" Watch your step wife ! " Nak terputus nafas Fattah melihat perangai isterinya yang tidak sabar itu
YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑
Romance𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑 [ ending yang tergantung sebab author writers block untuk sambung HIS PAINKILLER puasa dan raya version ] Berkahwin dengan crush sendiri masa zaman kanak-kanak ? Bahagia kah ? Ditinggalkan sendirian tanpa sempat dia men...