" SAYANG ! " Fattah Al Qair terus terbangun dari pembaringannya . Peluh-peluh kecil merinik di dahi
" Astagfirullahalazim astagfirullahalazim " Bibir terkumat-kamit membaca zikir . Menenangkan hati sendiri yang sedang resah
Jam besar yang tergantung di dinding dipandang sekilas . Dia mengeluh perlahan . Sudah pukul 3 pagi , memang inilah waktunya untuk mimpi-mimpi itu muncul
Mimpi dimana Anaya pergi meninggalkan dirinya ...
Apabila merasakan dirinya sudah kembali
tenang , tempat tidur disebelahnya dipandang . Mengharapkan bahawa ada susuk tubuh isterinya yang sedang lena disituTetapi sayangnya .. Anaya sudah tidak lagi menjadi teman tidurnya
" Rindunya , YaAllah .. " Fattah menggumam perlahan . Tangan naik menekup muka
Dia terus bangun dari katil untuk mengelakkan dirinya terus diselebungi rindu , dia harus menunaikan solat . Selalunya waktu-waktu begini dia akan tunaikan solat tahajjud . Memang itulah rutin hariannya setelah setiap pagi dia dihantui mimpi itu
KAKINYA melangkah masuk ke dalam butik Siti Khadijah . Dia baru sahaja pulang dari FAQ dan terus datang ke pusat membeli belah ini . Tujuannya hanya satu ..
Ingin membelikan hadiah buat isterinya . Hadiah sempena hari lahir Cahaya Anaya , kesayangannya
Sudah tiga minggu Anaya meninggalkan dirinya dan dia bercadang untuk datang meraikan hari lahir isterinya bersama-sama dengan keluarga wanita itu
Cahaya Adena dan Cahaya Akira juga ada memaklumkan kepadanya untuk merancang berkenaan sambutan hari lahir wanita itu . Fattah apa lagi ? Laju sahaja bersetuju
Tetapi dia tidak pasti sama ada Anaya masih ingin melihat wajahnya ataupun tidak
Setiap pilihan telekung yang dipamerkan di dalam butik ini dilihat satu persatu . Sesekali matanya memandang telefon dan koleksi telekung
Ingin memastikan yang mana satu pilihan yang betul
" Encik nak cari telekung yang sesuai untuk mak Encik ya ? Saya boleh suggestkan yang terbaik dekat butik ni " Fattah tersentak dengan soalan itu . Laju mata memandang susuk tubuh gadis yang sedang berdiri disebelahnya ini
YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑
Romance𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑 [ ending yang tergantung sebab author writers block untuk sambung HIS PAINKILLER puasa dan raya version ] Berkahwin dengan crush sendiri masa zaman kanak-kanak ? Bahagia kah ? Ditinggalkan sendirian tanpa sempat dia men...