𝗖𝗛𝗔𝗣𝗧𝗘𝗥 𝟰𝟯

2.3K 147 12
                                    

KINI sudah masuk dua bulan usia kandungannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KINI sudah masuk dua bulan usia kandungannya . Rasa seakan tidak percaya ada nyawa manusia di dalam badannya yang dibawa kemana-mana

Apabila usia kandungannya makin meningkat , makin banyak juga ragam dan kerenahnya . Dan juga benda yang diidamkan

Ya mengidam . Semua yang dia inginkan akan dituruti oleh Fattah . Tidak pernah sekali pun dia mendengar Fattah mengeluh apabila melayan kerenahnya . Malah , dengan senang hati lelaki itu akan turutkan

Ada suatu hari tu , dia mengidam untuk bau minyak petrol . Dan pada malam itu jugalah Fattah bangkit dari lenanya dan membawa Anaya bersama untuk ke stesen minyak . Hampir sahaja Anaya menangis jikalau lelaki itu tidak membawanya kesana

Itu Fattah boleh turutkan lagi . Ada pada suatu ketika dahulu , wanita itu mengidam ingin memakan rumput yang berada ditepi jalan . Katanya , teringin mahu makan rumput itu apabila melihat kambing-kambing seakan enak memakannya

Yang itu memang di tegah keras oleh Fattah . Gila ke apa bagi isteri sendiri makan rumput ? Orang tak sayang bini je akan buat begitu ! Dia sayanglah . Mana tak sayangnya , susah nak dapat tu !

 Mana tak sayangnya , susah nak dapat tu !

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CAHAYA ANAYA bangun dari pembaringan . Jam digital yang terletak di atas night stand dikerling sekilas . Sudah pukul sebelas malam . Tepat !

Dia masih tidak boleh tidur lagi sedari tadi . Dia cuma baring sahaja dan berpura-pura tidur setelah dipujuk oleh Fattah . Puas suaminya itu mendodoikan dia untuk tidur . Disebabkan kasihan akan Fattah yang jelas penat , dia pun berpura-pura tidur sahajalah

Tetapi memang betul , matanya sudah tidak boleh tertutup untuk tidur . Tidak boleh dipaksa lagi . Kerana apa ? Hanya kerana satu sebab ..

Bunyi hujan yang sedang jatuh menyembah bumi sekarang . Dia termenung sendiri memikirkan diri yang berteriak ingin bangun dan bermain hujan diluar

Wajah Fattah dipandang sayang . Tangan lelaki itu masih setia melilit pinggang biarpun badannya sudah bersandar pada kepala katil

" Abang .. " Bahu Fattah ditepuk perlahan . Cuba mengejutkan lelaki itu dari tidurnya

𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑Where stories live. Discover now