CAHAYA ANAYA dan Aisha Erina berjalan menuju kearah suami mereka yang sedang duduk di sebuah pangkin yang terletak di bawah satu pokok yang rendang
Anaya sedang membawa sebuah dulang yang di atasnya ada beberapa biji cawan dan seteko kopi panas . Aisha pula sedang membawa satu pinggan yang terisi dengan karipap dan temosa
" Tak habis lagi ke mainnya hubby ? " Aisha menegur . Pinggan diletakkan di atas pangkin kayu itu
" Honey .. tengok ni , Fattah main tipu " Fahri Lutfi , suami kepada Aisha mula mengadu . Fattah menggulingkan bebola matanya keatas . Tak gentle main mengadu dengan bini !
" Aku tak main tipu pun ya . Betullah aku yang menang " Anaya sudah tersenyum lucu . Manakala Aisha hanya menggeleng kepala mendengar luahan dari suaminya itu . Macam budak-budak
" Masalahnya kau dah menang banyak kali ! " Rungut Fahri . Tak kira , dia nak dapatkan keadilannya harini juga ! Mesti Fattah ada bela saka
" Dah tertulis takdir macamtu memanglah " Fattah berkata malas . Apa susah sangat Fahri ni mahu percaya ?
Tangan Anaya dicapai dan dikucup lembut . Itulah tabiatnya sekarang . Tak kucup tangan , kucup dahi . Tak kucup dahi , kucup pipi . Tak kucup pipi , kucup bibir . Eh ?
" Honey ... " Rengek Fahri . Wajah disebamkan pada bahu isterinya . Aisha mula mengeluh bosan
" Alah hubby biarkan jelah " Fahri terus mengakat wajahnya secara tiba-tiba . Terperanjat Aisha . Wajah Fahri terus berubah masam mencuka . Dia menoleh memandang Fattah yang tersenyum sinis kearahnya
" Siap kau ! " Bisik Fahri perlahan . Fattah hanya mencebikkan bibirnya seketika sebelum bahu Anaya dipaut mesra
Apa dia kesah ? Lagi dia perli adalah !
" Ni Anaya , aku dengan Fahri nak pergi lepak kedai Pak Leman nanti . Minum cendol " Aisha berkata . Dia sudah membayangkan betapa sedapnya cendol Pak Leman hujung kampung itu !
" Bila ? " Anaya hanya melayan sahaja Fattah yang sudah lembik terlentok dibahunya itu . Macam kena vius ! Sesekali terasa juga tangan Fattah merayap dipinggangnya
Dicucuklah , digeleteklah , diusaplah . Ulat bulu betul
" Petang ni , yang lain pergi juga " Anaya mengangguk sekali . Meriah juga rumah maktok kerana semua sepupu dan saudara-maranya balik ke kampung . Dari anak , cucu , cicik semuanya ada
" Abang nak pergi ? " Anaya menoleh memandang Fattah yang dari tadi tidak henti memandangnya .
" Ikut sayanglah . Sayang nak pergi , abang ikut je " Tangan Anaya diangkat dan cup ! Satu kucupan terlekat di atas kekura tangan wanita itu
YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑
Romance𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑 [ ending yang tergantung sebab author writers block untuk sambung HIS PAINKILLER puasa dan raya version ] Berkahwin dengan crush sendiri masa zaman kanak-kanak ? Bahagia kah ? Ditinggalkan sendirian tanpa sempat dia men...