𝗖𝗛𝗔𝗣𝗧𝗘𝗥 𝟮𝟵

2.6K 136 13
                                    

HUD ALBERN membuka pintu kereta bahagian belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HUD ALBERN membuka pintu kereta bahagian belakang . Anaya tersenyum sebelum melangkah keluar dari kereta mewah itu

" Thankyou Hud " Hud yang sedang menutup pintu kereta itu mengangkat pandangannya memandang Anaya

" No problem Puan " Hud membalasnya sekali dengan senyuman . Jelas menampakkan barisan gigi putih yang tersusun bersama lekukan lesung pipit

Bakal suami siapalah ni ?

" Lepasni awak nak kemana ? " Anaya menarik pemegang bagasinya yang baru sahaja dikeluarkan dari boot kereta

" Oh , saya pergi FAQ balik Puan . Masuk setengah hari je harini " Lagi sekali , senyuman manis ditayangkan buat Anaya

" Lah , kenapa tak cuti je ? " Kening lebat gadis itu berkerut . Kalau jadi Hud , memang dia akan mengambil separuh hari sahaja . Lagipun sekarang ini sudah tengahari

" Taknaklah Puan " Sebab Tuan Fattah tak bagi , omel Hud . Di dalam hati ..

" Tuan awak tu tak bagikan ? " Anaya berbisik halus . Sengaja mengenakan Hud

Terus riak wajah Hud berubah . ' Macam tahu-tahu je Puan ni .. '

" Eh takdalah Puan . Saya memang nak masuk kerja semula . Lagipun nak balik , buat apa je . Bukannya ada orang nak sambut saya masa balik kerja " Cebik Hud sedih . Cebikkan sedih kononnya

" Awak tu yang memilih sangat kut .. "Anaya menjeling wajah tampan lelaki itu . Tawa kecil Hud meletus

" Saya tak pernah memilih Puan . Cuma untuk beristeri buat masa sekarang belum tiba masanya lagi . Tunggulah nanti-nanti ke . Sampai Puan dengan Tuan dapat anak kembar ke " Hud membalas tenang . Bicara terakhir lelaki itu dikatakan dengan perlahan membuatkan wajah Anaya bertukar rona

" Eh amboi dia .. orang cakap dekat dia , dia cakap dekat orang semula . Okaylah , saya masuk dulu ea . Terima kasih lagi sekali tau " Cepat-cepat Anaya menamatkan perbualan mereka . Risau jikalau berlanjutan , makin melalut pula si Hud ni

" Sama-sama Puan . Puan , jalan tu hati-hati " Hud tersenyum sambil berpesan . Anaya turut membalas dengan anggukkan dan senyuman . Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah agam milik keluarga mentuanya

Sepi sahaja rumah itu setelah dia melangkah masuk ke dalam . Tiada kelibat mahupun suara manusia yang kedengaran . Mungkin semua orang sedang bekerja sekarang . Hari ini adalah hari Selasa , hari bekerja bagi semua orang diatas muka bumi ini

Bagasi ditarik bersama langkahnya . Bauan enak yang datang dari dapur itu menarik perhatian Anaya . Terus bagasi dan beg tangannya di tinggalkan di depan tangga . Langkah diatur menuju ke ruangan dapur

" Bonda .. " Anaya memanggil perlahan wanita kesayangannya itu . Biarpun hanya sebagai ibu mertua , kasih sayang Puan Mawar dapat mengubat rindunya kepada Puan Hafizah jikalau dia tidak dapat balik ke rumah keluarganya

𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑Where stories live. Discover now