𝗖𝗛𝗔𝗣𝗧𝗘𝗥 𝟱𝟭

2.6K 114 7
                                    

" DAH tahu tak sihat tu sibuk nak datang juga ! Tengok apa dah jadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" DAH tahu tak sihat tu sibuk nak datang juga ! Tengok apa dah jadi . Haih " Terkumat-kamit bibir itu mengomel sendiri . Membebel
kepada suaminya yang sedang terlantar kaku di atas katil

Mana tidaknya ..

CAHAYA ANAYA tersenyum dengan rasa sebak yang sarat di dada . Matanya juga berair . Sejak hamil ini dia mudah tersentuh dan sensitif

Sungguh dia rindu akan suaminya ..

Asyik melayan perasaan tiba-tiba terasa lengan kanannya di cengkam kuat oleh seseorang . Terus lamunannya terhenti . Dia memandang wajah di hadapannya . Dahi Fattah berkerut dan mata lelaki itu terpejam seakan menahan sakit . Fattah seakan tidak sedar dengan cengkaman yang dia berikan terhadap Anaya

" Abang .. " Di panggil suaminya tetapi Fattah tidak menjawab . Lelaki itu masih sama . Berkerut-kerut dahinya

" Fattah " Kali ini Puan Mawar pula yang memanggil dan terus Fattah membuka mata

" Okay ke tidak ni ? " Tuan Fattih menyoal . Fattah tidak menjawab terus sebaliknya memejam-celikkan matanya

" Err sorry .. abang tak sedar . Sakit ke ? " Lengan Anaya yang tadi di cengkamnya , di belek-belek . Risau jika meninggalkan kesan cengkamannya

" Tak .. abang okay tak ni ? Macam tak sihat je " Laju lengannya di tarik daripada cengkaman Fattah . Refleks tangannya naik menekap pada dahi lelaki itu

" Abang demam ni ! " Terkuat pula suaranya . Terkejut apabila merasakan suhu panas yang masih melekat lagi di belakang tangannya

" Tak .. tak , tak abang okay " Seboleh-bolehnya Fattah cuba untuk meyakinkan bahawa dia baik-baik sahaja . Tidak ingin membuatkan wanita kesayangannya itu risau . Sudahlah Anaya sedang mengandung

" Abang tipu ! Abang tipu Anayakan ? Badan abang panas " Fattah terang-terangan ingin menipu . Setitik air matanya jatuh mengalir di pipi

Tidak boleh membayangkan sanggupnya Fattah datang untuknya dengan keadaan tidak sihat seperti ini

" Sayang .. hey , janganlah nangis . YaAllah abang okaylah sayang .. " Perlahan sahaja Fattah bersuara . Walaupun jelas sekali dia sedang menahan sakit . Kepalanya berdenyut dan membuatkan pandangannya seakan berputar

" Betul sayang .. abang cuma- " Belum sempat dia menghabiskan bicaranya terus dia jatuh pengsan di tengah ruang tamu itu

" Fattah ! "

KAIN basah yang berada di tangannya di tekapkan perlahan-lahan atas dahi Fattah . Suhu badan lelaki itu masih belum menurun sedari tadi . Panas betul badannya

Mata Fattah terkenyit-kenyit menahan silau . Terpampang wajah risau Anaya di hadapan matanya . Berkerut dahinya melihat wajah risau itu

" Sayang .. " Perlahan sahaja suara Fattah memanggil . Terus mata Anaya naik memandang suaminya

𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑Where stories live. Discover now