[ lagu tu hanya pilihan hati saya . maaf kalau korang tak dapat feel dia . boleh je pasang bilabila , yang penting pasang sambil baca this chapter okay ? 💋 ]
SUDAH tiga hari berlalu sejak Anaya dimasukkan ke dalam hospital . Dan selama tiga hari itu jugalah dia tidak dibenarkan untuk melawat isterinya . Isterinya sendiri
Setiap hari , dia pasti akan datang ke hospital untuk menjenguk isterinya . Tidak pernah walau sehari pun dia tidak kesini . Berulang-alik dari rumah ke hospital baginya perkara yang remeh
Cuma ..
Dia masih lagi melihat Anaya dari cermin itu sahaja . Anaya pula , apabila perasan akan kehadirannya cepat-cepat menoleh kearah lain dan seboleh-bolehnya tidak mahu bertentang mata dengan dirinya
Sebegitu marahkah isterinya itu ?
Langkah di atur menuju kearah dimana terletaknya wad Anaya . Tangan mengjinjit beberapa beg kertas yang di dalamnya terisi dengan bekalan makanan yang dia sediakan dari rumah tadi
Semuanya hidangan yang dia masakkan sendiri . Kata Elena , dari hari pertama wanita itu dimasukkan ke dalam wad , Anaya begitu teringin ingin merasai air tangan suaminya . Jadi dengan bersungguh Fattah mencari resepi dan masak dengan penuh kasih sayang . Walau wajahnya sudah tidak ingin dilihat oleh Anaya , sekurang-kurang wanita itu masih tidak jijik untuk merasai air tangannya sendiri
Apabila melalui berhadapan wad wanita itu , tiada kelibat Anaya di dalamnya . Ingin memastikan lagi , pintu wad dibuka dan sungguh susuk tubuh Anaya tidak terbaring di atas katil pesakit seperti selalu . Malah , katil itu juga kemas dan bersih . Seperti wad ini tidak berpenghuni
Dimana pula isterinya ini ?
" Encik ? " Suara yang menyapanya membuatkan Fattah menoleh
" Ada apa-apa yang boleh saya bantu ? " Tanya jururawat itu . Jururawat yang sama semasa berada di kaunter pertanyaan kelmarin
" Where's my wife ? Mana pesakit bilik ni ? " Nada suara Fattah tiada lembutnya . Hanya datar
" Oh pesakit bilik ni baru sahaja discharge tadi . Doktor dah izinkan isteri Encik balik " Jururawat tersebut ukir senyum kecil . Takkanlah suami sendiri tak tahu bila isteri discharge ?
" Bila ? " Fattah kerut kening . Kenapa tidak ada sesiapa pun yang memaklumkan kepadanya ?
" Pagi tadi "
" Dengan siapa ya ? " Ingin memastikan . Manalah tahu kalau Anaya dibawa ikut oleh seorang stranger ke ?
" Tak silap saya .. isteri Encik balik dengan seorang perempuan " Terang jururawat itu lagi
" Okay , thankyou " Tanpa berlengah , Fattah terus atur langkah keluar dari hospital itu . Tujuan utamanya ialah mansion !
YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑
Romance𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑 [ ending yang tergantung sebab author writers block untuk sambung HIS PAINKILLER puasa dan raya version ] Berkahwin dengan crush sendiri masa zaman kanak-kanak ? Bahagia kah ? Ditinggalkan sendirian tanpa sempat dia men...