𝗖𝗛𝗔𝗣𝗧𝗘𝗥 𝟯𝟯

2.3K 120 18
                                    

FATTAH AL QAIR erat menggenggam tangan isterinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

FATTAH AL QAIR erat menggenggam tangan isterinya . Anaya hanya mengikut dengan wajah yang masam mencuka

Eh hello , Merajuk dia masih belum habis lagi okay !

" Selamat datang ke Marble 8 Steak House . Ada apa-apa yang boleh saya bantu ? " Pelayan yang setia menanti pelanggan di hadapan pintu masuk itu menyapa Fattah dan Anaya

Anaya mengukir senyuman manis seketika buat gadis itu . Manakala , Fattah hanya berwajah datar . Masa bilanya mamat ni nak senyum ?

Takda masa !

" I just made a table reservation yesterday . Atas nama Fattah Al Qair " Fattah terus memberitahu pelayan di restoran mewah itu . Pelayan itu mengangguk seketika sebelum dia beralih membuka satu tab nipis yang setia berada di tangannya

" Tunggu sebentar ya Tuan . Saya semak nama " Pelayan itu tersenyum mengatakan kepada Fattah . Fattah hanya mengangguk sekali

Wajah dipalingkan untuk melihat si isteri yang setia di belakangnya . Fattah mengukir senyuman manis khas buat wanita itu beserta dengan kenyitan mata . Anaya tidak mempedulikannya tetapi dibalas dengan jelingan yang tajam bak pisau

Tersentak Fattah . Mak aii , garangnya !

" Sila ikut saya Tuan " Pelayan perempuan itu mengarah sebelum dia berjalan masuk ke dalam restoran . Fattah dan Anaya turut sama melangkah mengikuti gadis itu

Mereka berhenti melangkah apabila tiba di salah satu bilik yang bercermin lut sinar . Dalaman bilik itu boleh dilihat dari luar dengan jelas . Dekorasi di dalam bilik itu pun cukup mewah . Berapalah Fattah bayarkan ni ?

Anaya jelas terpempan dengan apa yang ada di hadapan mata , tetapi dia kekalkan riak wajahnya supaya tidak nampak terlalu teruja

Fattah menarik tangan Anaya untuk masuk ke dalam bilik itu apabila pelayan tadi membuka jalan buat mereka

" Puan dan Tuan tunggu sebentar ya . Nanti pekerja kami akan hidangkan makanan " Kata pelayan itu apabila mereka bertiga sudah sampai di meja makan yang tersedia khas buat Fattah dan Anaya

Mendapat anggukan dari Fattah , pelayan tadi terus berlalu meninggalkan pasangan itu . Pintu bilik kembali ditutup

Anaya hanya diam di tempat duduknya . Manakala Fattah mengeluh sendiri . Tak habis-habis lagi ke merajuknya isteriku ?

" Sayangggggg marah abang lagi ke ni ? Hmm ? Janganlah diam , cakaplah dengan abang " Anaya hanya mengunci mulut dari memberikan jawapan . Genggaman tangan lelaki itu tidak dibalas

Fattah mengeluh dalam diam . Beria dia cari jalan untuk memujuk isterinya dari dirinya berada di FAQ lagi . Last-last dia pujuk Anaya dengan membawa wanita itu makan malam secara private

" Tak baik tahu , bila abang bercakap sayang tak pandang muka " Tegur Fattah lembut . Sengaja menggunakan kuasa vetonya . Mana tahu si isteri tu terpujuk

𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑Where stories live. Discover now