FATTAH AL QAIR melangkah keluar dari perut keretanya . Tangan membutangkan butang pada kotnya . Keluhan dilepaskan
Tuhan sahaja tahu betapa malasnya dia untuk kesini
Ikutkan dia malas hendak menjejakkan kaki kesini . Tetapi atas paksaan seseorang dia ikut sahaja
" Fattah , jom " Lelaki itu mengerling ke sebelah kanannya . Tangan yang dihulur buatnya dipandang sepi
Tidak dipedulikan huluran tangan itu , Fattah terus melangkah terlebih dahulu . Cepat- cepat wanita itu turut melangkah sama mengejar langkah Fattah
Maklumlah kaki lelaki itu lebih panjang dari kakinya
" Fattah sabarlah ! " Tangan Fattah berjaya dicapainya dan laju sahaja dia menggengam
" Can you please stop ?! " Fattah merentap kasar tangannya dari dipegang oleh wanita itu . Serabut !
Wajahnya sudah berubah bengis menandakan bahawa dia sudah rimas dengan wanita dihadapannya ini . Majlis belum bermula , bagaimana dia mahu tahan dengan gadis ini dalam beberapa jam lagi ?
" Aku ikut kau kesini pun dah cukup baik tahu tak . Jangan nak semakkan lagi kepala aku " Fattah membalas garang
" Okay fine . I takkan sentuh you dah . Tapi takkanlah kita nak masuk ballroom tu dengan keadaan macamni " Akhirnya wanita itu mengalah sebelum dia kembali membuat wajah simpati
" Habistu kenapa ? Takboleh ? Kau ingat kita suami isteri ke ? " Fattah menyoal bengang . Susah juga bercakap dengan perempuan yang lemah IQ ini
" Kalau kau taknak aku balik awal and tinggal kau sorang-sorang dekat sini , you better watch your attitude . Remember me Calista ! I can do whatever I want ! " Jari telunjuknya di hala tepat pada wajah Calista . Memberi amaran dalam diam sebenarnya
Tanpa mempedulikan wanita itu , terus sahaja Fattah berjalan pergi
" Ish ! " Kakinya dihentak geram
YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑
Romance𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑 [ ending yang tergantung sebab author writers block untuk sambung HIS PAINKILLER puasa dan raya version ] Berkahwin dengan crush sendiri masa zaman kanak-kanak ? Bahagia kah ? Ditinggalkan sendirian tanpa sempat dia men...