𝗖𝗛𝗔𝗣𝗧𝗘𝗥 𝟱𝟴 [unedit version]

1.8K 68 3
                                    

SUDAH hampir seminggu dia lancarkan perang dinginnya bersama Fattah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUDAH hampir seminggu dia lancarkan perang dinginnya bersama Fattah . Hati sensitifnya ego dan menidakkan bahawa dia rindu dengan layanan Fattah terhadapnya

Dia yang mulakan , layan sahajalah

Jam sudah menunjukkan pukul satu pagi , tetapi Anaya masih tidak boleh melelapkan matanya lagi

Sejak usia kandungannya mencecah tujuh bulan , dia sering kali merasa tidak selesa apabila ingin melelapkan mata. Mungkin perutnya yang besar itu menghalang dirinya untuk tidur

Tidak betah baring menghadap siling sahaja , Anaya bangkit dari baringannya dan bersandar pada kepala katil . Berhati-hati dan perlahan-lahan . Tidak ingin mengejutkan suaminya yang tampak lena tidur di samping

Nafas di ambil panjang dan di hembus keluar . Rasa mengah biarpun dia hanya bangkit dari baringan . Tidak buat apa-apa pun terasa penat

Lama termenung sendiri , baru dia teringat bahawa dia tidak minum susu pun malam ini . Selalunya selepas Fattah pulang dari kerja , lelaki itu yang akan menyediakan susu buatnya . Dingin macam mana pun Fattah terhadapanya , Anaya tetap keutamaanya

Tetapi hari ini , Fattah pulang sedikit lewat dan Anaya sudah pun terlena . Jadi Fattah beranggapan bahawa Anaya sudah pun minum susu seperti setiap hari

Kaki dibawa turun dari katil , menapak ke lantai . Dia tidak boleh skip dari minum susu itu . Itu sahaja kalsium yang dia perlukan agar anaknya kekal kuat

Baru sahaja punggungnya ingin di angkat dari birai katil , suara serak basah Fattah menyapa gegendang telinganya

" Anaya , nak kemana ? " Anaya pantas menolehkan kepalanya memandang Fattah . Lelaki itu sudah pun bersandar di kapala katil dengan rambut yang berserabai

Seperti biasa . Half naked . Dari awal perkahwinan lagi dia tahu Fattah memang tidur tidak berbaju , hanya berseluar sahaja . Entah apa sebabnya

" Abang .. sayang kejutkan abang dari tidur ke ? " Tidak menjawab , Fattah hanya menggelengkan kepalanya perlahan . Matanya dipejam celikkan beberapa kali untuk menghilangkan kesan kabur

Dalam kesamaran lampu tidur , barulah dia dapat melihat wajah tembam comel itu

" Awak tu nak kemana ? " Anaya mencebik kecil apabila mendengar suara garau Fattah . Dalam mamai tidur pun , perang dinginnya masih belum dilupai

" Sayang baru teringat yang sayang belum minum susu pun harini " Wajah Fattah di tenung sayang

Fattah mengeluh dalam hati . Wajahnya diraup . YaAllah dia hampir terlupa bahawa setiap malam dia yang akan menyediakan susu buat isterinya . Memang itu rutin hariannya setiap malam

" So ? " Masih ditanya lagi kemana wanita itu mahu pergi

Aduh Fattah , bengap !

" Sayang nak pergi turun bawahlah , buat susu " Tangannya turun mengurut betis bunting padi miliknya . Terasa bisa disitu , itu pun salah satu sebabnya mengapa dia tidak boleh tidur

𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑Where stories live. Discover now