TANGANNYA mengambil mangkuk yang terisi dengan tepung gandum . Perlahan-lahan dia masukkan tepung itu sedikit demi sedikit ke dalam bekas adunan . Kemudian di gaulkan bersama . Dan langkah itu di ulang beberapa kali sehingga tepung itu habis
Baru sahaja tangannya ingin memecahkan sebijik telur , deringan telefon bimbit yang berhampirannya berbunyi . Dia berdecit geram sebelum dengan pantas dia bergerak ke singki untuk membasuh tangan
Tangan kemudian dilapkan pada apron yang sedang dipakainya . Telefonnya pantas dicapai dan mengangkat panggilan itu
Nombor yang tidak dikenali . Walaupun ragu-ragu , jarinya meleret keatas skrin ke kanan . Telefon pantas ditekapkan pada telinga
" Yes who is this ? " Dia terus menyoal tanpa salam . Berhati-hati . Risau itu adalah scammer
" Elena Aisya right ? " Suara dingin dan garau itu berbunyi membuatkan Elina jadi terpaku seketika . Menghantarkan satu rasa dalam dirinya
" Yes .. and who ar- " Belum sempat Elina bersuara habis , tiba-tiba lelaki itu memintas percakapannya
" Parcel kau ada dekat rumah aku . Kurier tu tersalah hantar . Kalau kau rasa nak , datang ambil sendiri dekat rumah aku " Elina kerut dahi . Siapa pula makhluk Tuhan yang tiba-tiba menelefonnya ini
" Boleh saya tahu siapa ni ? "
" Manusia . 304 , nombor rumah aku . Ingat , datang ambil sendiri . Aku tak rajin nak jadi kurier " Sempat lagi lelaki itu berloyar-buruk
" Wait- " Panggilan terus ditamatkan oleh lelaki itu sebelum sempat Elina bersuara . Elina merengus geram
Siapa mamat ni ?!
" NO , abang tak izinkan " Fattah sudah mencengkak pinggang dengan pandangan yang dihalakan ke luar rumah
Dia terpaksa pulang awal kerana Aylaan memaklumkan bahawa Anaya ada satu berita penting yang ingin disampaikan . Aylaan juga ada memberitahunya bahawa Anaya membawa balik seseorang yang mereka berdua kenali
YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑
Romance𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑 [ ending yang tergantung sebab author writers block untuk sambung HIS PAINKILLER puasa dan raya version ] Berkahwin dengan crush sendiri masa zaman kanak-kanak ? Bahagia kah ? Ditinggalkan sendirian tanpa sempat dia men...