BEBERAPA minit beratur akhirnya dia dapat juga apa yang dia mahukan . Dia labuhkan punggung di kerusi yang tersedia di dalam kedai itu
Fattah dan Caline masih belum selesai membeli donut jadi dia hanya menunggu disitu . Malas hendak mencari bangku di luar
Dia mengeluarkan telefonnya dan melayari Instagram . Membalas pesanan Elina tentang rasa ketidakpuasaan hati gadis itu apabila terpaksa menjadi jiran kepada Hud
Pada awalnya Anaya terkejut apabila mendengar cerita daripada Elina . Laju sahaja dia bertanyakan kepada Fattah
Mendengar jawapan Fattah membuatkan Anaya yakin bahawa Elina tidak salah orang . Itu bukanlah pelanduk dua serupa melainkan itu adalah Hud sendiri
Dia tertawa apabila Elina mengatakan Hud itu dingin bak ais . Dengan muka seperti tunggul kayu
" Cahaya Anaya ? " Sapaan seseorang dari belakang membuatkan kepala Anaya tertoleh memandang
Seorang lelaki yang segak berkemeja . Lihat dari penampilan lelaki itu rasanya baru pulang dari kerja . Ada stroller dan juga seorang budak kecil yang sedang nyenyak tidur di
dalam ituAnaya cuba mengingat wajah itu , dia tidak dapat mengenal pasti siapakah orangnya
" Siapa ya ? " Telefonnya ditutup dan diletakkan kembali ke dalam beg . Berkerut keningnya cuba mengingat siapakah lelaki ini . Mesti mereka pernah saling kenal
" Eh kau tak ingat aku ke ? " Lelaki tadi kelihatan teruja menyoal Anaya . Anaya pula masih terkebil-kebil memerah ingatannya
" Sorry err- "
" Eqbal Aqashahlah ! " Meja di tepuk perlahan olehnya . Lelaki itu tanpa segan-silu melabuhkan duduknya berhadapan Anaya
Anaya terkaku seketika sebelum bibirnya mengukir senyum sama . Turut teruja apabila berjumpa kembali kawan lamanya disini !
" Oh ya ya ! Sorry , aku dah lupalah " Anaya membalas
" Takpa , faham sangat kau ni pelupa orangnya " Stroller anaknya di tarik mendekati . Risau menghalang laluan orang lain
" Sorang jeke ? " Eqbal menyoal . Melihat ibu mengandung itu hanya sendirian tanpa teman
" Tak , datang dengan suami dan anak . Kau pula , dengan anak je ke ? " Anak Eqbal yang nyenyak tidur di dalam stroller itu di kerling sekilas . Senyuman kecil terukir dibibirnya . Comel , pasti perempuan
" Dengan wife aku , dia pergi toilet sekejap . Katanya nak aiskrim , jadi dia suruh aku tunggu dekat sini . Mana laki dengan anak kau ? " Walaupun sudah lama tidak bertemu , lelaki itu tidak kekok berbual dengan Anaya . Sedangkan Anaya sedang menanti kehadiran suaminya dan Caline
YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑
Romance𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑 [ ending yang tergantung sebab author writers block untuk sambung HIS PAINKILLER puasa dan raya version ] Berkahwin dengan crush sendiri masa zaman kanak-kanak ? Bahagia kah ? Ditinggalkan sendirian tanpa sempat dia men...