TELEFONNYA direnung dalam . Sudah banyak kali dia menghubungi tunangnya tetapi Anaya langsung tidak menjawabnya . Sudah lima kali dia menghubungi gadisnya itu tetapi masuk panggilan keenam Anaya terus mematikan telefon
Bukannya dia tidak mesej gadis itu , tetapi jawapannya tetap sama . Anaya tidak membalas mesejnya . Gadis itu bagai hilang dari radar
Fattah tahu pasti ada sesuatu yang menganggu Anaya . Atau mungkin sesuatu yang terjadi semasa majlis pertunangannya tadi . Dia tidak dapat hadir majlis pertunangannya sendiri kerana dia ada urusan di Singapura
Buat kesekian kalinya dia mengeluh panjang . Semasa mesyuarat sebentar tadi pun dia tidak dapat fokus akan apa yang dibentangkan oleh kliennya
Fattah membuat keputusan untuk menghubungi Bondanya sahaja . Bertanya melalui Bondanya sahajalah . Ingin bertanya kepada Anaya gadis itu tidak menjawab telefon
" Assalamualaikum Bonda " Puan Mawar tersenyum mendengar suara anak lelaki itu
" Waalaikumussalam Qair . Kenapa sayang ? Ada apa - apa ke ? " Laju Puan Mawar menyoal terus
" Tak Bonda , Qair nak tanya . Tadi masa majlis pertunangan Qair semua berjalan lancar jekan ? " Fattah bangun dari duduknya dan melangkah kearah balkoni hotel . Melihat pemandangan pantai yang luas terbentang
" Oh you nak tanya pasal majlis tunang you ke ? Everything goes fine . Semuanya baik - baik je . Cumanya I pelik kenapa Cahaya macam terkejut je bila dia nampak I masa sarungkan cincin tadi . Dia macam tak kenal I pun ada . Tengok dari muka dia memang nampak terkejut sangat . Atau Qair belum bagitahu dia yang Qair bakal suami dia ? " Riak wajah Fattah terus berubah dingin
Fattah mengangkat wajahnya . Jelas terbias riak wajah terkejut di wajah itu . Satu tangan meraup rambut ke belakang dan satu tangannya lagi mencekak pinggang
' Shit Fattah , salah kau sendiri . Bodoh ! ' Fattah mula mengumpat dirinya sendiri . Sungguh dia benar - benar lupa yang dia masih belum mengenalkan dirinya sebenar kepada gadis itu . Mungkin gadis itu marah akannya
YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑
Romance𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑 [ ending yang tergantung sebab author writers block untuk sambung HIS PAINKILLER puasa dan raya version ] Berkahwin dengan crush sendiri masa zaman kanak-kanak ? Bahagia kah ? Ditinggalkan sendirian tanpa sempat dia men...