𝗖𝗛𝗔𝗣𝗧𝗘𝗥 𝟭𝟲

3.8K 201 7
                                    

TANGAN lincah mencuci ayam yang berada di dalam sinki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TANGAN lincah mencuci ayam yang berada di dalam sinki . Duduk di dalam bilik sahaja bosan , duduk di luar bilik sahaja pun bosan . Jadi dia buat keputusan untuk tolong Mak Som di dapur

Puas ditegah oleh wanita tua itu tetapi Anaya masih berdegil

" Ayam ni nak masak apa Mak Som ? " Anaya menyoal sambil tangan masih sibuk mencuci ayam . Tidak dipalingkan tubuhnya ke belakang kerana yakin bahawa Mak Som sedang berada di belakangnya

Dahi berkerut apabila soalannya dibiarkan tiada jawapan . Kenapa Mak Som tiba-tiba diam pula ni ? Tadi kemain berborak dengannya

" Mak S- " Terhenti panggilannya dan terhenti pergerakannya yang ingin memusingkan tubuh ke belakang

" Mak Som takda , abang Qair kau ada " Suara itu gemersik membisik di telinganya . Mata Anaya turun memandang kearah sepasang tangan yang diletakkan di singki dan mengepungnya dari belakang

Membulat iris matanya . Nafas di ambil sebelum dia menolak tangan lelaki itu menjauh dari singki sekaligus membuka kepungan dirinya

" Apa awak ni ?! Tak tahu dosa ? " Marah Anaya geram . Lelaki itu memperlakukan dirinya sebagai seorang isteri

Taktahu dosa dan pahala kah ?

" Tahu . Tapi sengaja .. pura-pura taktahu " Senyuman menyakitkan hati sengaja ditayang

" Astagfirullahalazim Fattah ! " Terus mengucap gadis itu dibuatnya

" Kenapa ? Kau nak kata aku jahat dan kau baik ? " Sengaja Fattah membatu api kan Anaya

" Saya tak kata pun macam tu " Perlahan sahaja nada suaranya . Kepala tertunduk ke bawah

" Kau buat apa ni ? " Sengaja lelaki itu menyoal mencari topik untuk bercakap dengan Anaya . Belakang gadis itu yang kembali berpaling menghadap singki dipandang

" Baiki kereta " Bersahaja gadis itu menjawab membuatkan mata Fattah mencerlung kearahnya

" Kau main-mainkan aku ? " Geram dia menyoal kembali . Anaya memusingkan tubuhnya kembali apabila mendengarkan suara seram itu . Terus dia menyengih

" Takkan awak tak nampak . Kan saya tengah cuci ayam ni . Nak masak lauk untuk tengahari ni lah " Tak pastilah pula Anaya kalau Fattah ni buta . Atau mungkin rabun dekat kut ?

" Aku tolong " Fattah berkata sambil melipat lengan kemejanya hingga ke paras siku . Bersiap sedia untuk menolong gadis itu

" Eh err .. tak apa awak . Saya boleh buat sendiri . Lagipun Mak Som kan ada " Kalut Anaya memusingkan tubuhnya kembali menghadap singki

Mata terpejam rapat . Rasa seperti ingin membasuh mukanya sekarang juga . Memerah wajah apabila melihat ke tampanan Fattah . Lengan berurat lelaki itu !

" Aku dah suruh Mak Som balik tadi . Aku suruh dia ambil separuh hari je harini " Terus mata gadis itu kembali tercelik

" Hah ?! " Dia tidak salah dengar bukan ?

𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑Where stories live. Discover now