FATTAH AL QAIR melangkah masuk ke dalam bilik tetamu yang disediakan buatnya dan Anaya
Kelibat Anaya tidak pula dia nampak di dalam bilik . Dirinya bernasib baik , kalau Anaya ada dalam bilik ini habislah dia . Dia kena cepat-cepat mandi ni
Baju yang tersarung di tubuh dibuka . Bauan yang terlekat di bajunya itu dihidu . Terpejam mata Fattah apabila bau itu masih kuat . Macam mana dia nak hilangkan bau ni ?
Penat berfikir sendiri , akhirnya Fattah mencampakkan sahaja baju itu ke dalam bakul baju kotor . Baju itu disorokkan dibawah baju-baju kotor yang lain
" Semoga sayang tak jumpa . Kalau sayang jumpa , moga sayang tak pancung kepala abang " Bicara Fattah sendiri . Dia yang seram apabila terbayang wajah garang Anaya
Tanpa berfikir apa lagi , Fattah terus berlalu keluar dari bilik tidur itu . Dapur dituju untuk pergi ke kamar mandi
CAHAYA ANAYA kuak lebar pintu bilik . Mata meliar mencari kelibat suami kesayangannya itu
" Abang ? " Panggil Anaya gembira . Excited menunggu suaminya pulang . Tadi , dia ada nampak kelibat Fahri di dapur . Jadi dia sangkakan bahawa Fattah sudah pulang
Tetapi dia hanya nampak kelibat Fahri sahaja , kerana lelaki itu masuk melalui pintu dapur rumah . Suaminya itu tidak pula kelihatan
Fattah dan Fahri pergi memancing kembali di sungai semalam . Sepupu dan suadara-mara Anaya yang lain sudah tidak mahu pergi , kata mereka tiada hasil
Tetapi Fattah dan Fahri masih belum berputus asa dan tetap ingin pergi lagi . Kesudahannya , harini Fahri membawa pulang beberapa ekor ikan sungai
Tak giveup punya pasal
Anaya mencebik sendiri apabila dia tidak nampak susuk tubuh Fattah di dalam bilik itu . Langkah dibawa menuju kearah bakul baju kotor yang terletak di penjuru bilik
Dia nak basuh semua baju kotor itu . Apabila balik nanti senang . Bawa balik baju yang sudah bersih . Tak perlulah basuh lagi dirumah nanti
Baju di dalam bakul itu disauk semua dan membawanya ke dalam pelukan . Dia terhenti seketika apabila merasa sesuatu yang aneh . Apadia ea ? Penat bermain dengan fikiran sendiri , dia kembali meneruskan langkah
YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑
Romance𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑 [ ending yang tergantung sebab author writers block untuk sambung HIS PAINKILLER puasa dan raya version ] Berkahwin dengan crush sendiri masa zaman kanak-kanak ? Bahagia kah ? Ditinggalkan sendirian tanpa sempat dia men...