𝗖𝗛𝗔𝗣𝗧𝗘𝗥 𝟭𝟮

3.3K 179 22
                                    

NAFAS berat dihembus

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NAFAS berat dihembus . Penat sungguh dia harini . Dari pagi hinggakan malam dia sibuk di syarikatnya

Pada pagi hari dia ada meeting dengan beberapa buah syarikat lain . Tengahari pula turun ke tapak pembinaan untuk meninjau salah satu projek yang sedang diusahakan oleh FAQ COMPANY . Petang hari , dia ada beberapa client penting untuk berjumpa

Pintu rumah dibuka dan tubuh terus diboloskan . Riak wajah berubah hairan apabila melihat Puan Mawar dan Tuan Fattih Al Hafiz sedang duduk di ruang tamu . Seperti menunggu kepulangannya

" Fattah .. dah balik ? " Sapaan dari Mummynya membuatkan Fattah tersedar dari terus memikirkan hal negatif

" Ye My " Kaki dibawa melangkah mendekati kedua orang tuanya itu . Tersenyum penuh kepenatan buat orang tuanya itu

Sejenak mata dibawa memadang kearah jam besar yang tergantung di dinding itu . Sudah pukul 12 pagi . Boleh tahan lama dia bertapa di FAQ

" Mummy dengan Daddy kenapa belum tidur ni ? Dah pukul 12 pagi " Punggung dilabuhkan bersebelahan Puan Mawar

" Daddy dengan Mummy ada sesuatu nak cakap dengan Fattah " Kotnya diletakkan di badan sofa . Fokus diberikan sepenuhnya pada Tuan Fattih

" Pasal apa Daddy ? Kalau pasal FAQ , Fattah dah uruskan semua meeting dengan client and company yang lain . Petang tadi pun- " Bersungguh Fattah bercerita . Belum sempat pun ceritanya habis , sudah dipotong oleh Daddynya

" Bukan . Bukan tentang FAQ Fattah " Tuan Fattih tersenyum nipis . Tidak sanggup ingin menceritakan hal sebenarnya kepada anaknya itu

Tetapi dia harus menceritakan segalanya pada malam ini . Tidak mahu bertangguh lagi . Dia yakin , Fattah akan berubah riak selepas mendengar ceritanya ini

" Okay , pasal apa ? "

" Fattah dengan Anaya ada bergaduh ke ? " Puan Mawar laju mengutarakan soalan dahulu

" Tak . Takada pun . Fattah busy sikit lately ni , sampaikan tak sempat langsung nak mesej Anaya " Memang benar . Dia begitu sibuk dengan urusan syarikatnya dan Anaya pula tidak ada juga mesej dan menelefonnya

Mungkin tunang kesayangannya itu pun sibuk sama seperti dirinya

" Ini .. dia pulangkan " Nafas Tuan Fattih dihembus berat sebelum sebuah kotak kecil baldu diletakkan berhadapan Fattah

" Cincin tunang ? " Baru sahaja Tuan Fattih ingin mengiakan Fattah dah bercakap terlebih dahulu

" Kenapa ? Ada masalah ke dengan cincin ni ? Tak muat dengan jari Anaya ? Besar ? Tapi rasanya haritu Fattah nampak dia pakai elok je . Tak rasa longgar pun " Fattah berkata serius . Masih berkata positif walaupun fikirannya sedang berfikir negatif

Kotak baldu ditangannya itu dibuka dan cincin bertahtakan berlian itu ditilik . Masih terbayang di matanya , jari manis Anaya memakai cincin pertunangan mereka

" Bukan sayang .. " Puan Mawar berkata sambil menunduk . Tak sanggup melihat wajah kecewa Fattah nanti

" Dia nak putuskan pertunangan dengan Fattah " Senafas Tuan Fattih berkata

Dang !

Terasa seperti ada sesuatu yang tajam menusuk terus ke dalam hatinya . Sakit . Terus kotak cincin baldu itu jatuh di atas permaidani

" Hah ? " Suara Fattah perlahan . Seakan berbisik kepada dirinya sendiri

" Dia nak putuskan pertunangan ? Dia tak bincang apa-apa pun dengan Fattah ? Takpa , Fattah pergi cari dia sekarang " Laju tubuh dibangkitkan sebelum dia mencapai kunci keretanya dan ingin berlalu keluar dari rumah agam itu

Otak dia kosong . Yang dia tahu , dia cuma ingin berjumpa dengan Cahaya Anaya dan berbincang segalanya dengan gadis itu

" Fattah ! Fattah jangan " Laungan larangan dari Puan Mawar membuatkan kaki Fattah terpasak tegak dari meneruskan larian

" Anaya .. dia dah -- " Fattah menoleh menatap wajah Mummynya yang sedih dan tergagap-gagap sambil bicara

" Dia dah flight pergi United Kingdom petang tadi . Dia nak sambung study dia dekat sana " Lagi sekali . Lagi sekali dunia Fattah seakan kelam dan bagai guruh datang tepat mengena wajahnya

" Ibu kata dia dah flight pergi UK petang tadi . Ibu dengan je datang wakilkan diri dia " Puan Mawar berjalan mendekati Fattah yang terkaku di tengah ruang tamu itu

" Fattah sabar ya .. " Bahu anak lelakinya itu dipaut dan diusap penuh sayang

Sejujurnya dia pun terkelu sendiri dan terkejut apabila bakal besannya datang bersama anaknya . Fikirnya mungkin ingin berbincang tentang perkahwinan anak mereka ataupun ingin bertanyakan khabar

Tapi lain pula yang dia terima ..

Fattah tundukkan pandangan . Tubir mata terasa panas . Mata seperti ingin mengalirkan sesuatu . Lemahnya dia kerana menangis disebabkan seorang perempuan

WANITA itu ketawa kuat sehingga bergema satu gudang tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

WANITA itu ketawa kuat sehingga bergema satu gudang tersebut . Puas ! Hatinya sangat puas apabila dia mendapat berita daripada salah seorang anak buahnya itu

" Diorang dah takda hubungan sekarang bos . Perempuan tu dah taknak teruskan pertunangan dengan Fattah "

Tidak sia-sia penat lelahnya berfikir cara untuk memisahkan dua manusia itu . Akhirnya .. saat yang dia tunggu-tunggukan telah tiba !

31/3/2023
Tak sedihkan ? Saya tak pandai nak sedihkan orang haha

Sorry lambat ! Tapi bolehlah ni buat moreh 🤭

𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑Where stories live. Discover now