PENERANGAN Fattah dari awal hingga akhir membuatkan lidahnya kelu tak terkata . Dia tidak tahu ingin membalas apa . Otaknya kosong . Begitu juga dengan fikirannya
Semua tuduhan yang dia lemparkan buat Fattah sebelum ini adalah salah . Lelaki itu tidak pernah salah !
Fattah Al Qair bukanlah suami orang seperti yang dia sangka . Bukan seperti apa yang Arwa ceritakan
" Hidup aku bila kahwin dengan dia tak ubah macam kuli . Aku masih lagi seperti pekerja dia dan dia majikan aku . Tugas dia sebagai isteri langsung dia tak tunaikan . Maksud aku , pakai minum aku , kelengkapan aku .. semuanya aku buat sendiri " Fattah tergelak sendiri . Anaya sampaikan tidak percaya dengan bicara lelaki itu
Fattah jadi kuli kepada perempuan ? Hilang terus machonya !
" Malah tugas kitaorang bertukar . Aku yang masakkan untuk dia " Sekali lagi Anaya memandang lelaki itu tidak percaya
" Selepas je Caline lahir , hidup dia semakin liar dan dia bebas keluar kemana-mana je yang dia nak . Party , enjoy , keluar pagi balik malam , pergi kelab "
" Dan akhirnya .. dia minta cerai . Aku dengan rela hati lafazkan talak untuk dia " Wah semudah itu sahaja Fattah menceraikan Calista ?
" So please sayang .. marry me . Aku dah tak sanggup nak berjauhan dengan kau . Dah tak sanggup nak tangguh perkahwinan kau . Dari dulu sampai sekarang , nak dapatkan kau bukan main susah ! Aku tunggu kau dari kau kecil sampai lah kau anak dara , sampaikan aku dah jadi duda pun kau masih bukan milik sah aku ! "
" Sa-saya takboleh " Anaya menunduk menekur permaidani
" Apa lagi alasan yang menyebabkan kau takboleh nak kahwin dengan aku ni ? " Soal Fattah bengang . Anaya seperti mahu mengelak dari terus berkahwin dengannya
" Sebab parents kita ? Sebab kita masih dekat UK atau sebab jarak umur ? Hmm ? Tell me " Semuanya Fattah persoalkan . Mahu kata kerana faktor umur , jarak umur mereka bukanlah jauh mana . Hanya beza 3 tahun sahaja
" Se-sebab awa-awak du-da " Anaya mencipta alasan . Apa sahaja yang terlintas di fikirannya , dia katakan
Fattah tergelak . Alasan macamtu pun boleh ? Tak logik dek akal
" Sebab aku duda pun kau jadi alasan ? " Tawa Fattah terlepas lagi . Kepala digeleng perlahan tidak percaya
" Kenapa ? Aku hina ? Atau kau jijik dengan aku sebab aku ni bekas perempuan lain ? Sayangggg .. "
" Aku tak pernah sebilik pun dengan perempuan tu . Sekatil pun tak pernah . So kau jangan risau , kau yang akan rasmikan aku dulu nanti . Aku masih teruna apa " Bisik Fattah nakal . Anaya terus memandang wajah lelaki itu . Tersungging senyuman nakal dibibir lelaki itu
Naik memerah wajah Anaya !
" Bagi saya masa untuk fikir dulu boleh ? " Setelah lama dia berfikir akhirnya itu sahaja yang boleh dia katakan . Dia tidak mahu membuat keputusan terburu-buru
YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑
Romance𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑 [ ending yang tergantung sebab author writers block untuk sambung HIS PAINKILLER puasa dan raya version ] Berkahwin dengan crush sendiri masa zaman kanak-kanak ? Bahagia kah ? Ditinggalkan sendirian tanpa sempat dia men...