𝗖𝗛𝗔𝗣𝗧𝗘𝗥 𝟯𝟬

3K 130 21
                                    

CAHAYA ANAYA melangkah keluar dari dalam kereta Mercedes Benz G36 milik Fattah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CAHAYA ANAYA melangkah keluar dari dalam kereta Mercedes Benz G36 milik Fattah . Terpegun dia melihat penthouse yang tersergam indah dihadapan matanya kini

Fattah Al Qair tersenyum lucu melihat reaksi isterinya itu . Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar dan dia berjalan santai menuju kearah wanita itu

CUP !

Bibir yang terbuka kerana tergamam itu dicium sepintas lalu . Anaya mengetap bibirnya . Terkejut tengok penthouse depan mata ni tak hilang lagi , tambah pula terkejut akibat dicium secara tiba-tiba

" Comel sangat reaction sayang . Abang tak tahan tengok bibir tu terbuka je , jadi abang ciumlah . Nanti lama sangat terbuka , lalat boleh masuk " Bisikkan yang kedengaran nakal itu membuatkan pipi Anaya berubah rona . Habis sudah wajahnya bertukar kemerah-merahan

" Abang ! " Bahu Fattah dipukul manja . Wajah ditutup dengan kedua telapak tangannya . Malu !

" Ala sorry .. " Fattah tertawa kecil sebelum tubuh isterinya itu dipeluk dari sisi . Pelipis wanita itu dicium sekali

" Besarnya rumah abang " Anaya berbicara perlahan . Pelukan dirungkaikan oleh Fattah . Lelaki itu hanya memaut bahunya dari tepi

" Besar .. untuk kita . Senang untuk kita kalau dah berkeluarga nanti " Mata kenyitkan sekali buat Anaya . Laju sahaja wanita berpaling memandang ke hadapan kembali

" Abang duduk penthouse ni .. seorang diri sahaja ke ? " Anaya kembali menyoal dan Fattah membalasnya dengan anggukan

" Hmm . Rumah ni abang balik sekali-sekala je . Balik pun untuk jenguk-jenguk ataupun ambil barang . Takda masa nak duduk penthouse ni sorang-sorang " Cebik Fattah . Dia memang sukakan kesunyian , tetapi tinggal di dalam penthousenya yang besar ini membuatkan dia terasa seperti tiada keluarga . Sedangkan ahli keluarganya masih lengkap

" Siapa suruh bina rumah besar-besar macam ni " Ejek Anaya . Fattah memegang bahu isterinya itu dan dipusingkan menghadap wajahnya

" Aset sayang . Senang bila dah berkahwin , takpayah tunggu masa lagi nak bina rumah . Lepas kahwin , terus pindah . Sebab rumahnya dah ada , dah siap " Balas Fattah dengan penuh kelembutan . Tangan wanita itu digenggam erat dan kekura tangan itu diusap perlahan

" Betul , betul , betul . Anaya setuju ! " Tersengih Anaya menunjukkan barisan giginya yang tersusun rapi

" Eleyh ! Tadi perli kita sebab bina rumah besar-besar macamni " Perli Fattah . Jelingan manja diberikan kepada isterinya itu

" Janganlah abang ! " Lagi sekali bahu lelaki itu dipukul perlahan . Kuat menyakat betullah suaminya ini . Susahlah nak layan perangai masuk air Fattah ni ..

" Okay fine . Jom ! Masuk rumah " Fattah mengangkat kedua tangannya keatas . Gaya surrender habis dah tu

Sayang bini awak semuanya !

𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑Where stories live. Discover now