GAMBAR yang berukuran passport itu direnungnya tajam . Melihat wajah cantik itu tersenyum membuatkan dia turut tersenyum sama
Sudah lama dia menyimpan gambar itu di dalam dompetnya . Setiap hari dan setiap waktu , gadis yang berada di dalam gambar itu pasti akan sentiasa ada di dalam fikirannya . Sehinggakan gambar itu sudah ingin reput dan menjadi kuning-kekuningan
" Tuan Muda Fattah nak balik terus atau nak pergi ke tempat biasa ? " Hud menyoal Tuan Mudanya dari tempat memandu . Sudah jadi kebiasaan untuk dirinya menanyakan soal itu kepada Fattah
Fattah Al - Qair tersentak dari lamunannya . Dompet kembali ditutup dan diletakkan bersebelah dengannya
" Pergi tempat biasa Hud . I haven't seen my petite fille in a long time " Hud menganggukkan kepalanya
Sudah dia duga Tuan Mudanya pasti akan pergi melihat bunganya dahulu . Sudah bertahun lamanya berkhidmat dibawah lelaki itu membuatkan dia cukup mengenali perwatakkan seorang Fattah Al Qair
Sehingga kini Cahaya Anaya masih menjadi obsesi terhadap Fattah Al Qair
SEBUAH kereta mewah berjenama Mercedes GLE itu diparkir berhampiran sebuah Kindergarten . Hud menekan satu punat dan tingkap dibahagian Fattah terbuka dengan sendirinya
Fattah Al Qair memandang jam berjenama yang melilit pergelangan tangannya . Sudah pukul lima petang . Dalam beberapa minit nanti pasti bunganya akan keluar untuk pulang ke rumah
" Naikkan tingkap sikit Hud " Arah Fattah dengan suara dinginnya . Hud mengangguk dan menekan punat tadi kembali
Tingkap itu ternaik sedikit . Satu senyuman tercetak dibibir merahnya apabila melihat susuk tubuh yang dicintai . Biarpun pada hari semalam dia sudah melihat wajah itu , tetap sahaja dia rindu pada setiap saat
CAHAYA ANAYA bersiul kecil sambil menutup pintu pagar Kindergarten dan menguncinya . Dia adalah pekerja terakhir yang pulang kerana teman sekerjanya pulang awal terlebih dahulu
Kereta kesayangannya dituju setelah selesai mengunci pagar . Pintu kereta dibuka . Tetapi dahinya berkerut hairan apabila perasan akan sesuatu yang aneh
YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑
Storie d'amore𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑 [ ending yang tergantung sebab author writers block untuk sambung HIS PAINKILLER puasa dan raya version ] Berkahwin dengan crush sendiri masa zaman kanak-kanak ? Bahagia kah ? Ditinggalkan sendirian tanpa sempat dia men...