𝗖𝗛𝗔𝗣𝗧𝗘𝗥 𝟱𝟰

2K 92 16
                                    

FATTAH AL QAIR berjaya mendapatkan apa yang isterinya mahukan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

FATTAH AL QAIR berjaya mendapatkan apa yang isterinya mahukan . Dia terus mengatur langkah laju untuk kembali ke tempat parkir . Apabila sampai di kereta , dia terus masuk ke dalam perut kereta

" Sayang , ni sayang punya- " Terhenti bicaranya apabila susuk tubuh isterinya itu tidak kelihatan di kerusi penumpang

Kepala menjengul ke belakang . Juga tiada isterinya disitu

Kemana pula perginya ni ? Dahi sudah berkerut risau . Dada juga di serbu rasa ingin marah dan geram

Bukankah dia sudah berpesan kepada Anaya untuk kekal di dalam kereta . Jangan kemana-mana dan jangan keluar daripada kereta ?

Sudahlah isterinya itu hamil , kalau terjadi apa-apa , susah nanti !

Dengan enjin kereta yang hanya di biarkan hidup , kalau kena rembat ni free-free je kena beli kereta baru

Bungkusan makanan itu di letakkan di belakang kerusi penumpang sebelum dia kembali keluar dari perut kereta

Mata mula bekerja mencari kelibat isterinya . Dia tahu Anaya berada tidak jauh dari kawasan parkir ini kerana beg tangan wanita itu ada di dalam kereta

Tangan sudah bercekak pinggang , dimana isterinya ini ? Tak nampak pun

Dia berjalan di sekitar kawasan parkir itu dan tiba-tiba dia terlihat susuk tubuh Anaya yang sedang berdiri tegak dihujung kawasan parkir . Kepala wanita itu melingas , seakan mencari sesuatu

Tanpa berlengah lagi , laju sahaja Fattah berlari mendapatkan isterinya

" Cahaya Anaya ! " Tubuh itu dipusingkan sedikit kasar menghadapnya . Betul , dia tidak salah orang . Memang itu isterinya

" Ab-abang .. " Anaya nampak keliru . Terkebil-kebil dia memandang wajah garang suaminya . Dahi lelaki itu berkerut halus dengan peluh yang merinik

Usah terang lebih , lihat sahaja wajah garang itu sudah cukup untuk menerangkan betapa marahnya Fattah terhadap isterinya itu

" Sayang pergi mana ? Abang kata apa , tunggu dalam kereta dan jangan keluarkan ! " Ternaik sedikit suara Fattah . Bahu isterinya makin kuat di cengkam tanpa sedar . Terlalu geram dan risau terhadap isterinya itu

" Abang ta-tadi sayang nam-nampak Cal-Caline .. " Tanpa pedulikan rasa marah Fattah , kepalanya meliar mencari susuk tubuh kecil yang di maksudkan olehnya itu

" Apa pula yang sayang mengarut ni ? Calinekan duduk dengan Calista " Makin mengerut ruas dahi Fattah . Dengan panasnya boleh pula Anaya merepek !

" Be-betul abang .. be-betul betul , Anaya tak ti-tipu " Takut-takut Anaya berkata . Tangannya mencapai tangan Fattah yang sudah jatuh disisi tubuh . Matanya telus memandang mata Fattah . Membukti bahawa dia tidak bohong

Dia memang tidak bohong , dia nampak anak kecil itu tadi dengan wajah yang comot dan pakaian yang ..

" Jangan mengarutlah Anaya . Pergi masuk dalam kereta balik " Genggaman tangan isterinya di leraikan . Nafas dihembus kasar sebelum jari telunjuknya lurus menunjuk kearah kereta mereka

𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑Where stories live. Discover now