KEPALA terjengul dari dalam kamar mandi . Mengintai dari dalam . Ada orang ke tak ni ? Mata memandang sekeliling bilik . Katil sudah dikemas . Bantal pun sudah tersusun. Comforter juga turut dilipat rapi . Cadar pula ..
Anaya termalu sendiri . Cadar pun sudah ditukar . Cuma sudah tiada kesan tompokan darah semalam . Pintu kamar mandi itu kembali ditutup
Wajah diraup perlahan . Malulah ! Tangan menutup wajahnya . Berbahang rasa seluruh badan . Selalunya orang berbahang di wajah sahaja , tetapi dia ? Satu badan !
" Sabar Anaya , sabar . Inhale , exhale . Inhale , exhale " Wanita itu berbicara sendiri . Nafas ditarik dan dihembus perlahan . Berulang kali
Boleh tak kalau dia taknak keluar sekarang ?
Boleh kan ?
Eh takboleh !
Takkanlah kau nak bertapa dalam bilik air ni sampai bila-bila ? Gila ke ?
Nafas ditarik dalam dan dihembus perlahan . Diulang beberapa kali sebelum dia bernekad untuk teruskan langkahnya keluar dari kamar mandi
Pintu dibuka perlahan . Mata memerhati sekeliling bilik . Hmm , tiada pun kelibat suaminya . Ini mesti dah turun ke bawah ni . Anaya berbicara sendiri . Senyum penuh kelegaan terukir dibibir
Lega , kerana sekarang dia malu . Kejadian malam tadi masih segar diingatannya . Kalau boleh taknak ingat pun , eh teringat pula ..
Langkah menuju ke tempat persalinan mereka . Sliding door yang memisahkan ruang persalinan dan ruang tidur itu dibuka . Baru sahaja setapak dia melangkah masuk , tubuhnya dipeluk kemas dari belakang
" Argh ! " Terjerit kecil wanita itu kerana terkejut . Baru sahaja dia ingin meronta , bau cologne Sauvage Dior kuat menyengat ke rongga hidung
Dapat diteka itu suaminya walaupun tidak dapat melihat wajah si empunya badan . Bau cologne itu pun dia sudah dapat mengagak . Nafas bagai tersekatdi pekung dada . Rasa macam takut-takut je nak bernafas sekarang
Sesak akibat rasa malu yang teramat sangat . Kejadian semalam masih segar lagi diingatannya tahu !
" Goodmorning cinta hati " Fattah berbisik perlahan . Betul-betul pada cuping telinga isterinya
" Wanginya sayang abang ni " Fattah meletakkan kepalanya diceruk leher wanita itu . Dicium sedalam-dalamnya . Wangian ros melekat masuk ke dalam deria baunya
" Err .. ba-badan saya be-belum kering lagi ni . Tu-tunggu saya pak-pakai baju du-dulu " Benar . Masih ada sisa-sisa air yang melekat pada tubuhnya . Dan sekarang .. tubuhnya hanya berbalut dengan bathrobe . Kalau terloreh , naya dia
" Kenapa ? Takboleh ke abang nak cium-cium sikit ? " Bisik Fattah lagi . Masih setia melekat di celahan leher wanita itu . Dia turut sama mencium lembut leher wanita itu beberapa kali
YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑
Romantizm𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑 [ ending yang tergantung sebab author writers block untuk sambung HIS PAINKILLER puasa dan raya version ] Berkahwin dengan crush sendiri masa zaman kanak-kanak ? Bahagia kah ? Ditinggalkan sendirian tanpa sempat dia men...