RASA gementar cuba disembunyikan . Tangan masih sibuk mencapai pinggan lain dan mencucinya
Sengaja dia menyibukkan diri di dapur walaupun ibu dan bonda menyuruh dia untuk tetap kekal di dalam bilik dan hanya keluar untuk makan malam sahaja
Ala sekali sekala langgar arahan . Semoga Fattah tidak mencarinya disini . Sempat Anaya berdoa di dalam hati
Ralit membasuh pinggan dan cawan kotor , tiba-tiba badan Anaya terkejut sendiri . Terus terlepas pinggan di tangannya
" Ingatkan nak lari dari abang jauh sangat tadi .. rupanya lari dekat dapur je " Suara lelaki itu berbisik seram di telinga Anaya . Wanita itu menelan liurnya kesat
Anaya menunduk memandang tangan yang memeluk erat pinggangnya itu
" Hmm sayang ? " Soal Fattah apabila melihat Anaya hanya diam tanpa menjawab soalannya
Tangan dipanjangkan sedikit dan pili air ditutup . Kalau boleh dia tidak mahu ada sesiapa pun yang mengganggu masa Anaya dan dirinya . Termasuk air !
" Sayang .. abang tanya " Gesa Fattah . Lepas nikah ni isteri dia banyak mendiamkan diri . Bisu gamaknya
" Ta-tak tad-tadi takda orang na-nak tolong ibu dengan bonda dekat da-dapur ni . Jadi sa-saya tolonglah diorang " Tergagap-gagap Anaya mencipta alasan . Sedangkan ramai sahaja yang membantu tadi
" Kalau sayang nak tipu abang pun agak-agaklah yang . Asya ada , along angah ada , sepupu-sepupu abang dengan sayang pun ada kan ? Ramai lagi yang boleh tolong dekat dapur ni " Geram sahaja Fattah melihat isterinya itu
Fattah tahu bahawa Anaya nak mengelak dari dia . Tapi sampai bila ? Susahlah dia nak terkam nanti !
" Salah ke kalau saya nak tolong ? " Jawab Anaya seakan berjauh hati . Mulut mula memuncung
" Tak- tak salah sayang . Cumanya .. eish takpalah . Ni dah isyak belum ? " Tak jadi Fattah ingin menjawab apabila melihat bibir gadis itu
Muncung kemain panjang . Cakap lebih-lebih nanti merajuk pula . Tapi itulah , menggoda betul bibirnya !
" Belum " Anaya tersengih malu . Nak mengelak sangat dari lelaki itu , kesudahannya dia menunaikan solat lambat waktu
" Haa itulah , sibuk sangat nak lari dari abang sampaikan solat pun belum " Tubuh Anaya dipusing menghadapnya . Bibir mengukirkan senyuman penuh kemanisan
Ini kalau perempuan di luar sama melihat Tuan Muda Fattah tersenyum manis seperti ini , habislah semua mencair
" Jom " Fattah memusingkan tubuh dan menarik tangan Anaya mengikutinya . Tetapi Anaya masih statik berdiri
YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑
Romance𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑 [ ending yang tergantung sebab author writers block untuk sambung HIS PAINKILLER puasa dan raya version ] Berkahwin dengan crush sendiri masa zaman kanak-kanak ? Bahagia kah ? Ditinggalkan sendirian tanpa sempat dia men...