𝗖𝗛𝗔𝗣𝗧𝗘𝗥 𝟯𝟰

2.2K 118 15
                                    

FATTAH AL QAIR bangkit dari pembaringannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

FATTAH AL QAIR bangkit dari pembaringannya . Belikat dibetulkan dan lega yang dia rasakan

Bathrobe yang terletak di atas lantai di capai dan dipakaikan pada tubuhnya . Tali bathrobe itu diikat kemas , memastikan bathrobe itu tidak tertanggal dari badan

Kepala menoleh sedikit memandang bidadari dunianya yang sedang lena diulit mimpi . Tersenyum dia sendiri melihat wajah polos itu

Remote penghawa dingin itu dicapai dan suhunya dinaikkan sedikit bagi mengurangkan rasa sejuk buat isterinya

Sudahlah tak memakai apa-apa , tubuh mulus itu hanya diselubung dengan duvet tebal sahaja , menggigil pula badan wanita itu nanti

Langkah terus di atur menuju ke kamar mandi . Ingin lekas membersihkan diri dan menunaikan solat subuh . Hari ini dia sudah kembali masuk ke FAQ

Argh malasnya !

CAHAYA ANAYA tersedar dari lena apabila ada deringan telefon yang mengganggu tidurnya . Hanya tangan sahaja yang dikeluarkan dari duvet dan bergerak mencari letaknya telefon pintar itu

Telefon itu kemudian dibawa ke dalam duvet . Kening berkerut pelik apabila melihat skrin telefonnya hanya gelap tanpa sebarang cahaya . Itu bermaksud tiada orang yang menelefon

Habistu telefon siapa ?

Tetapi bunyi deringan itu masih belum berhenti . Dia merungut sendiri . Kepala dijengulkan dari dalam duvet

Sunyi je bilik tidur ni . Mana Fattah ? Apabila telinga menangkap bunyi pancuran air dari dalam kamar mandi , barulah dia pasti bahawa Fattah sedang mandi

Tubuh digulingkan sehingga sampai dihujung katil belah kiri . Dia sudahlah tidak memakai apa-apa sekarang , hanya tubuhnya sahaja yang berbalut dengan duvet . Malaslah dia nak bangun , pakai baju semata-mata nak jawab panggilan dari telefon Fattah itu sahaja

Baru sahaja tangan mencapai telefon pintar milik lelaki itu , deringannya sudah mati . Anaya rasa seperti ingin membaling telefon itu tepat hingga ke dinding . Kalau bukan kerana telefon itu kepunyaan Fattah , sudah lama telefon itu nazak

Ting ! Ting ! Ting !

Bunyi notifikasi yang masuk tanpa henti itu membuatkan mata Anaya laju memandang skrin . Ada tiga notifikasi yang masuk . Dari siapa ?

Calista ?

Apabila perasaan musykil merasuk diri , tangan laju membuka telefon suaminya itu . Memasukkan kata kunci dengan cepat supaya dia sempat membaca mesej tadi . Risau jikalau Fattah keluar secara tiba-tiba

Buat kerja kena clean ..

Buat kerja kena clean

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑Where stories live. Discover now