WAJAH polos yang sedang dibuai lena itu direnung penuh sayang dan cinta . Dia tidak sangka dengan rancangan gilanya ini
Dia tahu dan dia pasti apabila Anaya bangun nanti , satu perasaan yang gadis itu akan luahkan buatnya
Benci ..
Ya , dia pasti gadis itu akan benci sekiranya dia bangkit dari lena nanti . Satu keluhan dilepaskan sebelum Fattah Al Qair bangun dari terus bertinggung di tepi katil
Wajah lena Anaya ditatap sekilas sebelum dahi licin gadis itu disentuh penuh sayang . Rasa nak cium je ..
Langkah dibawa untuk keluar dari bilik tidurnya . Pintu ditutup penuh perlahan dan tidak berbunyi untuk mengelakkan gangguan bagi menganggu lena gadis tercintanya itu
Anak tangga diturun satu persatu sambil lengan baju kemeja putihnya dilipat hingga kesiku . Begitu juga dengan tiga butang teratas bajunya , dibuka bagi udara masuk
Arsyad Louis yang nampak kelibat Fattah itu terus mematikan telefon bimbitnya dan diletakkan di atas meja
" Perempuan tu dah tidur ? " Soal Arsyad apabila melihat Fattah mengambil tempat di sofa berhadapannya
" Dah . Dos ubat tadi masih kuat dekat badan dia " Keluhan berat dilepaskan . Tangan dibawa menongkat kepala di sofa
" Haah . Ubat yang saya bagi Tuan tu , dosnya kuat sebab terkandung acetaminophen . Terpaksa saya bagi Tuan ubat yang itu sebab ubat tidur biasa saya dah kehabisan stok " Suara seseorang menyentakkan mereka . Kepala tertoleh kearah seorang perempuan yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam ruang tamu
" Takpa Ava . Thankyou sebab kau dah banyak tolong aku " Fattah hanya tersenyum nipis
" Kerja saya Tuan " Luciana Ava menunduk hormat sebelum bibirnya mengukirkan senyum
Rakan sebilik Anaya ? Tidak sebenarnya . Dia hanya ditugaskan untuk menemani dan menjaga Cahaya Anaya dari dekat . Dia berkhidmat di bawah Fattah . Tuannya yang menyuruhnya untuk menjaga gadis itu
Dia belajar ? Umurnya setahun lebih muda dari Fattah Al Qair . Jadi Cahaya Anaya itu sudah seperti adik buatnya
" Arsyad , tolong hantarkan aku balik boleh ? Kereta aku dekat rumah " Luciana menghampiri Arsyad dan berbisik di telinga lelaki itu
" Yeah sure . Aku gerak dulu bro " Arsyad terus bangun dari duduknya dan menghampiri Fattah . Tangan disalam gaya lelaki sebelum dia berbisik sesuatu kepada Fattah
" Jangan kasar-kasar . Baru jumpa " Terus tangan Fattah naik menampar pipi lelaki itu . Arsyad terus melepaskan tawanya
Tubuh dibangkitkan setelah dua orang rakannya itu pulang dari mansionnya ini
Rancangannya dia akan terus pulang ke Malaysia setelah urusan FAQ disini selesai . Tetapi terpaksalah dia menukar rancangan apabila mengetahui bahawa keselamatan Anaya tidak berapa baik disini
YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑
Romance𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑 [ ending yang tergantung sebab author writers block untuk sambung HIS PAINKILLER puasa dan raya version ] Berkahwin dengan crush sendiri masa zaman kanak-kanak ? Bahagia kah ? Ditinggalkan sendirian tanpa sempat dia men...