Chapter 9

47 2 0
                                    

Aduh, sir ni baik hati pulak bagi aku masuk kelas dengan alasan isteri dia pregnant anak kedua. Apa-apa pun, congrats sir! First time tengok sir senyum sampai ke telinga, harap-harap kekal la. Kan handsome macam ni, hoho. "Haikal, awak termenung apa tu?" tanya sir kepada aku. "Sorry sir, zoned out jap," balas aku. Sir hanya menggelengkan kepala dan cakap, "Okay kelas, sila buka buku dan pergi ke page 35, itu adalah tajuk kita hari ini." Bla bla bla, apa yang sir ajar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tak tahu kenapa, maybe sebab aku setuju keluar dengan mamat tu, ergh serabutnya.
"Kau kenapa, nyah? Runsing semacam je?" tanya Bob yang perasan aku tak senang duduk. Aku hanya menggelengkan kepala tanda okay. Aku tengok jam, harap sangat sir panjang kan lagi masa. Tapi, "Okay kelas, hari ini kita short period je sebab saya ada meeting dengan dekan kejap lagi. Kelas boleh dismissed." Oh no! Hari ini adalah hari paling malang bagi aku, kenapa semua ni terjadi kat aku? Bob, please help me! Yes, Bob, aku dah janji dengan dia nak belanja dia makan semalam.

"Eh Bob, awal kemas rushing semacam je, kau nak pergi mana?" tanya aku. "Oh, aku kena hantar nenek aku pergi rumah pak ngah kat Kajang. So alang-alang sir lepas awal, cepat aku hantar nenek aku, lagi cepat balik. Okay la, nok, aku pergi dulu, pape roger." Aduh, nenek Bob ni spoil betul la. Eh, tak baik, nenek Bob sangat baik dengan aku. Hah, I got an idea! Apa kata aku offer diri untuk teman Bob. "Bob, tunggu kejap. Kalau aku teman kau hantar nenek kau, boleh?" Please say yes, Bob, please say yes. "Ala, tak boleh la wei sebab lepas tu aku nak keluar dengan pak ngah aku. Sorry okay, dah la aku kena cepat ni." Ala, Bob!!!

"Hmm, takpe, aku faham. Dah sampai rumah pak ngah, kirim salam semua, especially nenek kau. Aku rindu kari ikan dia," huhu. "InsyaAllah, bye Noah." Aku pun melambai ke arah Bob. Nak mintak tolong Aliah pun tak boleh, pagi tadi dia rushing nak balik kampung sebab ada berita kematian atok dia. Haih, so terpaksa la ikut mamat tu. Nak ajak kawan lain pun aku tak berapa rapat dengan classmate. Takpela, if dia lewat 10 minit, aku chaw.

Baru je tiba tempat yang Haikal suruh tunggu, dah nampak sebuah kereta Honda City hitam dengan owner yang sedang tunggu sambil sandar pada kereta. Aduh, mamat ni awal pulak datang, sekarang baru pukul 1.50 pm. Haih. "Baby! Awalnya turun, dah tak sabar nak date dengan I ke tu?" kata Haikal dengan excited. Dia boleh pulak panggil baby kuat-kuat, nasib baik takde orang kat sini. "Ye, sir bagi lepas awal, tak tahu lak u datang on time, baru je nak balik," aku jawab sambil perlahankan hujung ayat.

"You mana boleh balik. Sebab you dah janji. Janji mesti kena tepati, bukan capati. Jom, I dah lapar gila ni." Adoi, boleh pulak dia dengar. Aku pun terus ke pintu masuk penumpang di hadapan, tiba-tiba Haikal menjerit, "Eh WAIT! Biar I yang bukakkan pintu untuk you." Dan Haikal pun bukakkan pintu untuk aku. Mamat ni, kan cakap elok-elok, tak boleh ke? "Okay princess, tunggu apa lagi, masuk la kereta." Aku pun masuk kereta dan hempaskan badan kuat-kuat pada kerusi kereta, ye, kita kena tunjuk yang kita ni emo.

Haikal pun masuk bahagian memandu. "Sayang, pakai la seatbelt. Ke nak I pakaikan untuk you? Auw, so sweet la baby ni." Belum sempat dia nak pakaikan seatbelt, aku tahan badan dia dan terus pakai seatbelt sendiri. "Stop calling me sayang and baby, you're not my boyfriend after all." Haikal menghentakkan tangan atas stereng. "I can call you whatever I want because you will be mine, remember Noah," kata Haikal dengan suara agak marah. Okay, chill, tak payah la marah, aku mampu cakap dalam hati je, huhu. Dan Haikal pun mulakan perjalanan ke somewhere that I don't know. Jangan dia culik aku sudah la.

What you waiting for Where stories live. Discover now