Chapter 64

63 2 7
                                    

Keesokan harinya, Noah perlahan-lahan membuka matanya, yang terasa berat akibat tidur panjang. Pandangannya silau seketika, namun dia cuba menyesuaikan diri dengan cahaya di bilik hospital itu. Bunyi alat monitor hospital kedengaran di latar belakang, dan ingatannya kembali kepada momen dia melahirkan anaknya. Rasa rindu menjalari dirinya kerana dia belum sempat mendukung bayi itu.

Dia mendengar bunyi esakan halus. Ketika menoleh ke kanan, dia melihat ayahnya duduk di tepi katil, setia menemaninya.

"Ayah," panggil Noah dengan suara yang serak.

Ayah Noah tersentak, wajahnya bercahaya lega mendengar suara anaknya. "Syukur, nak. Kamu dah sedar," katanya sambil memeluk Noah erat, menahan sebak.

"Angah nak minum?" tanya ayahnya, melihat Noah yang kelihatan lemah. Noah mengangguk perlahan, tekaknya terasa sangat kering.

Ayah segera menuangkan air ke dalam gelas dan membantu Noah meminumnya. "Jangan bergerak sangat, angah. Tak apa, ayah tolong kamu minum," katanya sambil menyuapkan gelas ke mulut Noah.

"Terima kasih, ayah," kata Noah dengan senyuman lemah.

"Kamu nak tengok anak kamu?" soal ayahnya. Noah segera mengangguk dengan semangat, rindu yang mendalam untuk melihat anak yang telah dikandungnya lebih 9 bulan.

"Baiklah, ayah panggilkan nurse untuk bawa anak kamu," kata ayah sebelum keluar dari bilik.

Tidak lama kemudian, ayah kembali bersama jururawat yang membawa bayi kecil dalam dukungan. Ayah mendekati Noah dengan penuh hati-hati, membantu Noah membetulkan posisi katil supaya dia boleh duduk dengan lebih selesa.

Ayah menyerahkan bayi tersebut kepada Noah dengan perlahan-lahan. Noah menerima bayi itu dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Saat berada di pangkuannya, bayi itu mula merengek dan menangis kecil.

"Shh shh, it's okay, sunshine. Papa here," kata Noah lembut sambil mencium dahi anaknya. Mendengar suara papanya, bayi itu kembali tenang dan tertidur dalam pelukan Noah.

"Thanks for coming to this world," kata Noah sambil mengusap kepala anak kecil itu dengan penuh kasih.

Ayah memerhatikan momen itu dengan mata yang berkaca. Perasaan bangga dan syukur memenuhi dirinya melihat Noah bersama bayinya.

"Angah dah tahu nak letak nama apa?" tanya ayah.

Noah tersenyum. "Belum lagi, ayah. Ayah je la bagi nama cucu ayah ni," balas Noah.

"Takpe, kita tunggu mama sekali," jawab ayah sambil tersenyum kecil.

Ayah kemudian mendekati Noah dan memeluknya erat. Dia mencium dahi Noah dengan lembut sebelum berbisik, "Sekarang angah dah ada anak sendiri. Ayah nak angah janji dengan ayah, jagalah amanat Tuhan ni sebaik mungkin. Ayah sayang kamu berdua sangat-sangat."

Noah tidak dapat menahan air matanya yang mula mengalir. "Baik, ayah. Angah janji. Angah minta maaf, ayah," katanya sambil memeluk erat tangan ayahnya.

"Anak ayah tak pernah salah, nak," balas ayah, cuba menenangkan Noah.

Suasana penuh emosi itu menyentuh hati semua yang ada di bilik. Mama, Along, dan adik bongsu yang turut berada di situ merasa hiba melihat momen itu. Along, dengan mata yang sudah berkaca, berkata, "Along keluar dulu, ma," sebelum berjalan keluar dari bilik. Adik bongsu turut menyusul, air matanya mengalir deras.

Mama juga keluar perlahan-lahan, cuba menahan tangis. Di luar, dia mengeluarkan telefon dan membuat satu panggilan.

Drrt drrt. Panggilan bersambung.

"Hello, ni mama," ucap mama sebaik panggilan diangkat.

What you waiting for Where stories live. Discover now