Chapter 16

32 2 0
                                    

"Sayang, dah siap ke? Okay tak baju yang I tempah tu?" Haikal bertanya dari luar fitting room. Aku tengok diri sendiri dalam cermin—memang handsome pakai tuxedo ni, tapi jarang-jarang dapat peluang macam ni, rasa malu pulak nak keluar.

"Oi, sayang, lama lagi ke? I nak tukar baju jugak ni," desak Haikal.

"Yelah, kejap. Nak keluar dah ni," aku balas. Dengan kiraan 1, 2, 3, aku melangkah keluar dari fitting room. Aku dapat rasa semua pekerja butik tengah pandang aku—hah, sempat lagi aku berangan handsome ni!

"You rasa okay tak I pakai ni? Nampak besar ke, fit ke, buruk ke?" Aku tanya, tapi Haikal hanya diam, mata tak lepas dari pandang aku.

"You dengar tak apa I cakap ni?" Aku petik jari depan dia, cuba bawa dia balik ke realiti.

"You look stunning, baby. Handsome gila. Ini yang buat I jatuh cinta gila-gila dengan you," puji Haikal sambil mendekatkan diri nak cium aku. Cepat-cepat aku halang.

"Public ni, Haikal. Cukup la kiss I tadi," aku tegur, sambil mata melirik sekeliling—semua orang memang tengah perhatikan kami.

"Tadi you kata nak tukar baju jugak, kan? Pergilah tukar," aku arahkan. Haikal pun masuk ke bilik persalinan. Lima minit kemudian, dia keluar, dan kami berdiri bersama depan cermin besar.

"Haihh, handsomenya laki I ni!" aku puji dalam hati sambil tersenyum.

"Omg, korang berdua nampak stunning sangat! Macam baju kahwin pulak. Ke ni baju kahwin korang, Haikal?" salah seorang tailor butik tu bersuara.

Aku terkejut. Baju kahwin? Kalau betul pun, aku nak wedding dress penuh Swarovski, okay?

"Hahaha, apa ni Maria? Ni baju untuk dinner esok. By the way, you datang esok, kan? You biggest sponsor untuk semua baju parents I dan pekerja syarikat, so you kena datang," kata Haikal dengan tenang.

Aku terkesima. Semua pekerja syarikat family dia pakai baju designer terkenal? Memang kaya betul dia ni.

Maria tiba-tiba pandang aku. "So, siapa ni? Handsome betul. Hi, I Maria, tapi boleh panggil I 'sayang'. Just kidding! Nama you siapa, pretty boy?" katanya sambil hulurkan tangan.

"Err... I Noah, kawan Haikal," aku jawab ringkas, sambil bersalam dengan dia. Dalam hati, aku minta tolong Haikal. Maria ni flirting ke?

"I rasa you boleh lepaskan tangan dari boyfriend I sekarang," Haikal mencelah dengan nada tegas.

Maria terkejut dan cepat-cepat lepaskan tangan. "Omg, patutlah korang nampak perfect sangat sebagai pasangan! Nasib baik you bagitahu I, kalau tak, maybe I dah try dengan Noah ni," usik Maria sambil ketawa.

Aku tersenyum malu-malu. Haikal tarik perhatian aku semula. "Okay, Noah, let's wrap it up. Kita tukar baju, lepas tu I ada satu tempat nak bawa you."

Kami pun kembali ke fitting room untuk tukar semula ke pakaian asal. Setelah siap, kami keluar dari butik, diiringi pekerja butik yang membawa tuxedo kami. Memang rasa kelas, siap ada orang bawakan barang.

Masuk saja dalam kereta, Haikal mula memandu ke destinasi yang dia maksudkan tadi. Aku pun tertanya-tanya, ke mana dia nak bawa aku kali ni?

What you waiting for Where stories live. Discover now