Chapter 19

24 1 0
                                    

"Hmmm, sedapnya bau. Mama masak apa ni?" tanya Along sambil menghampiri dapur.

"Mama masak lauk kesukaan kamu, ayam masak merah dan labu," balas Mama dengan senyuman.

"Untunglah Along, mama masak lauk favourite dia," aku menyampuk dengan nada pura-pura merajuk. Sebenarnya aku tak kisah pun, cuma saja nak menyakat. Mama mencubit pipi aku dengan manja. "Eee, mengada-ngada betul kamu ni."

"Orang gurau je, Ma. Habis pipi Angah ni, Haikal tak sayang dah nanti. Eh?" Tiba-tiba aku terdiam, sedar apa yang aku baru terlepas cakap. Aduh, malunya!

"Wah, tengah angau ke tu, Angah?" sakat Mama dengan nada menggoda.

"Mana tak angau, Mama, sebab dia baru lepas ke—" Belum sempat Along habiskan ayatnya, aku dah menyiku pinggang dia kuat-kuat.

"Aduh! Sakit la, Angah!" rungut Along. Aku buat muka tak kisah. Memang salah dia, siapa suruh mulut terlepas cakap.

"Apa ni gaduh-gaduh depan rezeki? Ayah hempuk kepala kamu berdua nanti, baru tahu," tegur Ayah yang baru muncul. Cepat-cepat kami senyap dan duduk di meja makan.

Lepas makan malam, seperti biasa, aku kena kemas meja dan cuci pinggan. Kali ini, Along tiba-tiba tawarkan diri. "Eh Mama, biar Along yang kemaskan. Mama rehat je. Mama dengan Ayah duduk depan, biar kami setelkan semua."

Mama hanya mengangguk. Mungkin dia penat, jadi dia tak persoalkan apa-apa. Along memang pandai ambil hati Mama bila dia nak sesuatu.

Semasa aku sedang mengelap pinggan, Along datang dekat. "Angah tak nak cerita apa yang jadi hari ni?"

Aduh, dah agak dah Along ni ada agenda lain. "Dah cakap, kan? Angah tak ready lagi. Faham tak?" balas aku, sambil terus menyusun pinggan.

"Tapi sampai bila, Angah?" tanya dia, serius.

"Sampai Angah rasa ready. Tapi sekarang ni belum masanya. Faham tak? Sekarang, Angah nak naik atas. Kalau Along nak stay sini, terpulang." Aku terus tinggalkan dia tanpa tunggu jawapan.

Along hanya mampu tengok aku pergi sambil mengeluh. Aku tahu dia risau, tapi aku perlukan masa.

"Eh, Angah, cepatnya naik atas. Duduklah dulu dengan kami," tegur Ayah, cuba mengajak aku duduk di ruang tamu.

"Tak apalah, Yah. Angah ngantuk sangat ni. Tadi penat keluar dengan Haikal," aku jawab ringkas, sambil terus melangkah ke bilik. Mata aku dah berat sangat.

Sebaik saja masuk bilik, aku terus melompat atas katil. Perut kenyang, mata mengantuk. Perfect. "Goodnight semua," gumam aku sendiri sambil memadamkan lampu. Akhirnya, aku tidur dengan tenang.

What you waiting for Where stories live. Discover now