Chapter 31

27 1 0
                                    

Chapter 31

Sepanjang perjalanan, Haikal tidak berhenti bercerita tentang apa yang berlaku semasa pre-celebration anniversary untuk ibu bapanya. Aku baru tahu yang Haikal mempunyai dua kakak, dan dia satu-satunya lelaki dalam keluarga. Kakak sulungnya, Syaza Nuraina Binti Dato' Azman, berusia 29 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Kakak keduanya, Sophia Nuraina Binti Dato' Azman, berumur 27 tahun dan sudah bertunang. Haikal kata majlis perkahwinan kakaknya mungkin akan berlangsung tahun ini, dan bakal abang iparnya pula merupakan rakan kongsi perniagaan dalam syarikat milik ayah mereka. Dan, akhirnya, Haikal Bin Dato' Azman—my boyfriend. Nama semua adik-beradik Haikal memang ringkas, tidak seperti nama aku yang terasa lebih kompleks.

"You, I tak sabar nak introduce you dekat family. I selalu cerita pasal you dekat Mama, dan dia pun excited nak jumpa dengan you," kata Haikal sambil tersenyum. Aku hanya membalas dengan senyuman kecil, walaupun dalam hati aku terasa bercampur baur—nervous, takut, dan sedikit teruja. Jujur, aku risau tentang first impression. Ini pertemuan pertama aku dengan keluarganya, dan aku mahu memberi tanggapan yang baik. Silap-silap, aku boleh kena panic attack gara-gara overthinking.

Haikal tiba-tiba menggenggam tanganku dan mengusapnya lembut. "You jangan risau, okay? Everything's gonna be fine. I ada dengan you, so you takkan rasa awkward sangat nanti," katanya, cuba menenangkan aku. Aku hanya mengangguk kecil sambil memandang ke luar tingkap, cuba mengalihkan perhatian daripada keresahan yang melanda. Aku hanya mampu berharap yang ibu bapa Haikal boleh menerima hubungan kami, walaupun aku tahu tak semua orang selesa dengan perkara moden seperti ini. Walaupun negara ini menyokong prinsip "love is no gender," aku tetap bimbang. Untuk menenangkan diri, aku memejamkan mata, cuba menenangkan fikiran yang bercelaru.

"Sayang, bangun," suara lembut Haikal mengejutkan aku, sambil tangannya menggoyangkan bahuku perlahan. Aku membuka mata dan melihat wajahnya.

"Kita dah sampai ke?" tanyaku sambil meregangkan badan dan menguap besar. Tak senonoh betul kau ni, Noah.

"Ya, kita dah sampai. Sebenarnya kita dah 20 minit dalam kereta ni," jawab Haikal sambil tersenyum kecil.

"What?! Kenapa you tak kejut terus? Mesti mereka dah tunggu lama," balasku dengan nada gelabah.

"I dah cuba kejutkan you tadi, tapi you tak dengar. Baru sekarang je you bangun," katanya, sedikit mengusik.

"Hmmm, bagi I masa kejap. Rasa macam blur bila baru bangun ni," kataku, cuba mengumpulkan diri.

"You memang blur pun, sayang," usiknya lagi sambil ketawa kecil. Aku terus mencubit pinggangnya.

"Aduh, sakitlah, sayang! Sorry, lepas ni I tak panggil you blur dah," katanya sambil tertawa, memegang pinggang yang aku cubit. Aku hanya menjeling sambil menarik nafas panjang, bersedia untuk menghadapi apa yang bakal menanti.

What you waiting for Where stories live. Discover now