Selepas beberapa jam perjalanan dari Port Dickson ke Kuala Lumpur, akhirnya kami tiba di rumah Haikal. Seperti biasa, Haikal keluar dari kereta terlebih dahulu, membuka pintu untukku, dan mengeluarkan semua barang-barangku. Dia mengangkatnya masuk ke rumah tanpa membiarkan aku membantu.
"Welcome to our home, Noah," kata Haikal dengan penuh semangat. Aku hanya memandang rumah itu—ini kali kedua aku datang ke sini. Kali pertama? Kita semua tahu apa yang terjadi, kan? Dan kerana kejadian itulah kini ada junior Noah di dalam perutku.
"So, sayang, please suit yourself," sambung Haikal lagi sambil tersenyum.
"Jangan panggil aku sayang lagi, please. Lepas aku lahirkan anak ni, aku nak kita berdua berpisah," balasku dengan dingin. Haikal kelihatan terkejut, wajahnya berubah serius, meskipun dia cuba kelihatan tenang.
"Why, Noah? Benci sangat ke you dengan I?" tanyanya.
"Haikal, aku tak nak jadi perosak rumah tangga orang," kataku dengan suara yang bergetar.
"Noah, listen. I dah cakap tadi kan, I akan bawak you jumpa dengan parents I dan jelaskan semuanya depan dorang," balas Haikal, suaranya penuh keyakinan.
"Tapi mereka takkan terima aku, Haikal," kataku sambil cuba menahan air mata yang mula bergenang.
"Lantak doranglah! I dah penat jadi permainan dalam business family I. Salah ke kalau I nak rasa kasih sayang? Salah ke kalau I nak nagih kasih sayang I dari you, Noah?" kata Haikal, suaranya mula bergetar. Aku hanya diam, tidak tahu bagaimana harus menjawab.
"Tapi, Haikal, aku tak nak kau derhaka dengan mak ayah kau. You're such a good child. Kau selalu patuh dengan mereka. Aku tak nak sebab aku, kau jadi kurang ajar dengan dorang," ujarku, cuba menyedarkan dia.
Haikal memandangku dalam-dalam sebelum berkata, "No. I akan jadi selfish demi you, Noah. Kenapa you risau sangat pasal ni? You takut I jatuh miskin lepas tu you rasa hidup merempat dengan I? Macam tu ke?" tanyanya, suaranya sedikit meninggi. Aku hanya mampu diam, kehilangan kata-kata.
"Answer me, Noah! Macam tu ke?!" Haikal sedikit terjerit kali ini. Aku masih tidak mampu menjawab.
Haikal tiba-tiba memelukku erat, membuatkan aku tersentak. Dia mengusap lembut belakangku sambil berkata dengan suara perlahan, "I'm sorry, sayang," dan air matanya mula mengalir. Kemudian, dia tunduk ke arah perutku.
"Baby, awak dah janji dengan daddy, kan? Pujuklah mama," bisik Haikal sambil memandang perutku.
"Haikal, baby ni baru usia seminggu," balasku dengan lemah.
"I tak kisah. I akan borak dengan baby kita setiap hari sampai dia lahir. Boleh, kan, sayang?" katanya, meminta izin dengan penuh harapan.
"Sayang, malam ni kita pergi ke rumah mama dan ayah ambil semua baju you, pindah kat sini," ujar Haikal lembut, cuba mencairkan suasana.
"Nanti aku nak tidur kat mana?" tanyaku, masih tidak puas hati.
"Bilik situ," jawab Haikal sambil menunjuk ke arah sebuah bilik.
"Itu kan bilik kau. Rumah ni tak ada bilik lain ke?" tanyaku lagi, masih tidak berpuas hati.
"Sayang, please, not this again," balas Haikal sambil mengeluh perlahan. "Bilik lain I tak sempat nak bersihkan. Jadi buat masa sekarang, you akan tidur dengan I. Bukan hanya malam ni, tapi selamanya," katanya tegas.
"Apa-apa sajalah. Aku penat. Nak tidur," balasku, terus melangkah ke kamar yang ditunjukkan.
Haikal hanya memandangku sambil berkata perlahan, "Okay, sayang. Rehatlah, ya."
YOU ARE READING
What you waiting for
Teen FictionCerita ni maybe agak membosankan dengan penggunaan bahasa yang aku guna sangat rojak. Jadi ni beberapa petikkan yang korang akan baca dalam buku ni "ingat noah I takkan lepaskan you whats mine always be mine!" - haikal "You always been thingking ab...