Di tengah malam, Haikal melangkah masuk ke bilik Noah dan memandangnya dalam diam. Dia tahu bahawa Noah sedang mengandungkan anaknya, hasil dari perbuatan Haikal yang kejam. Haikal mengusap lembut wajah Noah.
"I minta maaf, sayang. I memang tak boleh lepaskan you kali ni sebab you dah bawakan malaikat kecil antara kita berdua," bisik Haikal perlahan. Dia masih tidak percaya Noah boleh mengandung seperti wanita lain. Haikal tersenyum kecil, hatinya berdebar memikirkan yang dia bakal menjadi seorang ayah. Lagi-lagi, anak itu daripada orang yang dia cintai.
Haikal memandang perut Noah yang masih rata dan mengusapnya perlahan. "Hi, anak daddy. Ni daddy tengah cakap dengan awak. Daddy harap awak tumbuh sihat dalam perut mama," katanya sambil tersenyum. Untuk pertama kalinya, dia memanggil Noah "mama."
"Hehe, comelnya Noah dah jadi mama," ucap Haikal sambil memandang wajah Noah yang kelihatan tenang. "Walaupun daddy tahu mama akan marah daddy, daddy nak mintak tolong... bila awak dah lahir nanti, daddy akan bagi apa saja yang awak nak. Tapi, tolong cakap kat mama jangan benci daddy lagi. Daddy tak sanggup kehilangan mama," suara Haikal bergetar, hampir menangis.
"Daddy akan perbaiki semuanya. Kita akan jadi keluarga kecil yang comel," tambahnya sambil mengusap lagi perut Noah. Haikal perasan Noah seperti terganggu dalam tidurnya. "Okay la baby, daddy balik dulu. Tak nak kacau mama tidur. Baby, jagakan mama untuk daddy, okay? I love both of you," katanya sebelum mencium lembut perut Noah dan pipinya, lalu meninggalkan bilik itu.
Noah membuka mata sedikit, air mata mengalir setelah mendengar semua yang Haikal katakan. Dia sebenarnya berpura-pura tidur. Perlahan, Noah mengusap perutnya tanpa berkata apa-apa.
Keesokan paginya, sinar matahari yang terang mengganggu tidur Noah, memaksa dia membuka mata. "Good morning, Noah & baby," ucap satu suara yang dia kenal. Haikal tersenyum memandangnya. Noah tidak membalas, masih marah dengan semua yang terjadi. Semua ini, bagi Noah, salah Haikal.
"You pergilah mandi. I dah bawakan baju and breakfast untuk you," kata Haikal lembut. Dalam hati, Noah terdetik, I love this side of Haikal. Tanpa sepatah kata, dia melangkah ke bilik air.
"Oh, Noah. Nanti mama and ayah you datang sini," tambah Haikal. Langkah Noah terhenti. "Dorang buat apa datang sini?" tanya Noah dengan nada tak puas hati.
"I yang bagitahu mereka. Semalam lagi dorang call I, so nak tak nak, I kena explain jugak," jawab Haikal tenang.
"Kau boleh je tipu dorang, kan?" balas Noah, kecewa. Haikal hanya mendiamkan diri. "Lepas you siap mandi, I dah siapkan pakaian you," katanya sebelum keluar dari bilik, membiarkan Noah menyelesaikan dirinya.
Selepas Noah bersiap, dia mendapati Haikal sedang menyediakan sarapan. "Noah, I dah siapkan makanan untuk you. Makanlah sikit," ajak Haikal dengan lembut. Namun, Noah menggelengkan kepala. Dia langsung tak ada selera.
"Makanlah sikit, Noah," pujuk Haikal lagi. Tetapi Noah tiba-tiba mencebik dan memandang Haikal. "Haikal, kau ni tak mandi ke? Badan kau bau!" Noah berkata tajam. Haikal membau dirinya sendiri. "I dah mandi dekat rumah," balas Haikal, keliru.
"Mungkin perfume kau lain hari ni. Tapi serius, bau kau buat aku nak muntah!" Noah berkata, sambil berlari ke bilik air untuk muntah. "Hoek, hoek!" Haikal segera mengekorinya dan mengusap belakang Noah, cuba menenangkan dia.
Selepas itu, mereka kembali ke katil pesakit. Noah memegang perutnya sambil berkata perlahan, "Baby, please be easy on me." Haikal memerhati dan ingin mengusap perut Noah juga, tetapi dia takut Noah akan marah.

YOU ARE READING
What you waiting for
Teen FictionCerita ni maybe agak membosankan dengan penggunaan bahasa yang aku guna sangat rojak. Jadi ni beberapa petikkan yang korang akan baca dalam buku ni "ingat noah I takkan lepaskan you whats mine always be mine!" - haikal "You always been thingking ab...