Chapter 54

41 2 0
                                    

Setelah kembali dari rumah mama dan ayah, aku dan Haikal tiba di rumah kami. Aku langsung menuju ke biliknya, menukar pakaian ke baju tidur, dan berbaring di atas katil, membalut diriku dengan selimut. Haikal, seperti biasa, membawa tilam dan bantal untuk tidur di lantai. Dia tahu aku tidak suka dekat dengannya kerana sejak hamil, aku menjadi lebih sensitif terhadap bau badannya yang sering membuatku mual.

Namun, malam itu aku tidak dapat tidur. Aku memandang jam—sudah pukul 2 pagi, tetapi mataku masih segar. Aku melihat Haikal yang tidur nyenyak di lantai. Dalam hati, aku merasa kasihan melihatnya. Walaupun aku bertemu dengannya sepanjang hari, anehnya malam ini aku merasa rindu. Akhirnya, aku turun dari katil dan mengejutkan Haikal.

"Haikal, bangun," bisikku.

"Ye, sayang. Kenapa?" jawabnya dengan suara serak yang terdengar... seksi. Aku jadi malu sendiri.

"Haikal, tidur atas katil," kataku pendek. Haikal masih memproses permintaanku, tetapi akhirnya dia bangun dan berbaring di sebelahku di atas katil.

"Errm, Haikal..." panggilku. Dia hanya mengangkat alisnya tanpa membuka mata.

"Takde apa-apa..." Aku cuba menghindari rasa malu dan pura-pura ingin tidur lagi. Tapi, Haikal tetap bertanya, "Kenapa, sayang?"

Akhirnya, dengan suara perlahan, aku berkata, "Boleh tak kau... peluk aku?"

Haikal tersenyum dalam kegelapan, lalu mendekatkan dirinya kepadaku. "Ouh, peluk? Boleh je, sayang," katanya. Dia memelukku erat.

"Can I get a kiss too... on my forehead?" tambahku lagi, hampir tidak percaya dengan keberanian diriku sendiri. Haikal tersenyum lagi, lalu mencium dahiku dengan lembut.

"Dahi je? Bibir taknak?" godanya.

"Taknak. Dah lewat ni, esok aku ada kelas pagi," balasku, mengelak pertanyaan nakalnya. Haikal tertawa kecil. Dia kelihatan bahagia dengan sikapku malam itu, dan aku akhirnya tertidur dalam pelukannya.

Keesokan paginya, aku terbangun dengan tangan Haikal melingkar di pinggangku. Aku teringat permintaan gilaku semalam dan tersenyum sendiri, merasa bodoh tetapi bahagia. Aku memandang wajah Haikal yang masih lena tidur. Dalam hati, aku berkata, I'm sorry, Haikal. Aku tahu aku ego, selalu menolak untuk dengar apa yang kau ingin katakan. Perlahan, aku mengelus wajahnya.

"Puas dah usap-usap muka saya?" suara Haikal mengejutkanku. Aku ingat dia masih tidur! Aduh, malunya.

"Morning sunshine," sapanya dengan senyuman.

"Morning, Haikal," balasku perlahan.

Aku cuba bangun dari katil. "Haikal, bangun. Aku nak mandi."

Tapi Haikal menarikku kembali ke pelukannya. "Nope. I nak cuddle kejap. Dah lama kita tak peluk macam ni kan, Noah?" katanya manja.

"Tak boleh. Aku lambat nanti untuk kelas," jawabku sambil cuba menghindari pelukannya.

"Btw, I lapar. Boleh tak you masak breakfast hari ni?" tanyaku tiba-tiba. Aku sendiri tak tahu kenapa tiba-tiba ingin makan hasil masakannya.

"You nak makan apa?" soalnya.

"Anything. As long as you yang masak, I akan makan."

"Okay, sayang. You mandi dulu, I akan siapkan breakfast untuk you," katanya sambil melepaskan pelukannya.

Saat aku hendak bangun, Haikal menghentikanku. "I lupa nak cakap dengan baby kita," katanya sambil memandang perutku. Aku menghela nafas, merasa penat dengan kebiasaan barunya ini.

"Haikal, dia baru usia seminggu," aku mengingatkannya lagi.

"Kan I dah janji dengan baby kita nak borak setiap hari sampai dia lahir," balas Haikal, lalu berkata di depan perutku, "Morning, anak daddy. Dad harap awak besar dengan sihat dalam perut mama. Daddy tak sabar nak jumpa awak."

Aku terkekeh geli dengan tingkah lakunya.

Haikal memandang wajahku, tiba-tiba mencium bibirku. Awalnya aku membalas ciumannya, tetapi kemudian aku menolak tubuhnya pelan-pelan. "Haikal, stop. Nanti kang lain jadinya," kataku.

Haikal tertawa kecil. "Tapi sayang, you dah buat junior Haikal bangun," katanya sambil menunjuk boxernya yang mulai ketat. Aku hanya memutar mata, malas melayan.

Setelah "aktiviti pagi" kami selesai, aku bersiap untuk mandi. Namun, Haikal menyusulku ke bilik air dengan alasan ingin mandi bersama. Aku segera mengunci pintu, tetapi dia punya kunci pendua. "Sayang, ini rumah I. Semua kunci ada dengan I," katanya sambil masuk.

Meskipun dia berhasil masuk, aku memastikan tiada apa-apa "aktiviti tambahan" terjadi. Kami benar-benar hanya mandi.

Di dapur, Haikal sibuk menyediakan sarapan. Aku dilarang membantunya. "Sayang, duduk je kat meja. Biar I uruskan semuanya," katanya sambil sibuk memasak.

Tak lama kemudian, dia menyajikan sarapan di hadapanku. "Breakfast is done!" katanya dengan bangga. Menu yang dia masak sederhana, hanya scrambled eggs, sosis, hashbrown, baked beans, dan roti bakar—typical English breakfast.

"Cuba rasa. Sedap tak?" tanyanya sambil melihatku menyuap makanan pertama.

"Hmm... sedap. Pandai juga kau masak," kataku sambil tersenyum kecil. Haikal kelihatan puas dengan pujian itu.

Setelah sarapan, kami duduk di ruang tamu sambil bermain telefon. Aku bertanya, "Kenapa kau paksa aku ponteng kelas hari ni?"

Haikal hanya tertawa kecil. "Sayang, tengok ni. Baby ni comel gila excited sambut ayah dia balik rumah," katanya sambil menunjukkan video bayi di telefon.

"Hahaha. Comel gila," kataku sambil tersenyum.

"Kan? Tak sabarnya nak jadi ayah," ujar Haikal dengan wajah ceria.

Dalam hati, aku berkata, I trust you, Haikal.

What you waiting for Where stories live. Discover now