Sekarang kami sedang dalam perjalanan menuju ke Beriani Ipoh yang sebenarnya hanya di Ampang, bukan di Ipoh pun, haha. Tiba-tiba, "Sayang! Brek!" Haikal menjerit, membuat aku segera membrek secara mengejut. Aku tak perasan kereta di depan berhenti. Aku menoleh ke arah Haikal yang dah menutup mata kerana terkejut.
"You relaks lah, kan I sempat brek tadi," aku cuba menenangkannya.
"You, kita hampir langgar kereta depan kot, and you suruh I relaks?!" suara Haikal mula meninggi, jelas dia tak puas hati.Dalam hati, aku dah mengeluh. Aku memang dah tahu benda macam ni akan jadi, sebab tu aku tak suka memandu. Aku menarik nafas panjang, cuba untuk tidak melenting. Relaks, Noah. You boleh handle ni.
"Okay, fine! Kita tukar driver, you pulak bawa!" Aku berhenti di tepi jalan, keluar dari kereta dan terus menuju ke pintu belakang. Sengaja aku duduk di tempat penumpang belakang, biarkan dia memandu seorang diri kat depan. Bukan apa, aku nak merajuk. Dari pagi mood aku asyik swing sebab dia – merajuk, kena pujuk, kena marah, sampai menangis, dan sekarang ni pula? Dah cukup.
Haikal yang sudah duduk di bahagian pemandu memandang aku pelik. "Eh, you kenapa duduk belakang? Duduklah depan," katanya. Aku diam, malas nak layan.
"I takkan gerak kalau you tak duduk depan," dia terus bersuara.
"Noah," panggilnya lagi.
"Ee, you gerak je lah. Bukannya I hilang pun kalau duduk belakang," balasku dengan nada rimas.
"Nope. I tak nak. Cepat Noah, duduk depan sekarang," balas Haikal tegas.
"You ni tak faham bahasa ke? I said tak nak means tak nak."
"You ni kenapa degil? Don't make me count," dia mula mengugut. Eleh, dia ni ingat aku budak kecil ke nak kira sampai tiga bagai? Tapi aku tetap dengan pendirian aku.
"Satu," Haikal mula mengira. Aku hanya buat tak tahu.
"Noah, don't make me count sampai tiga. You're gonna regret it."
"You ingat I apa? Budak lima tahun? You kira sampai seratus pun I still tak nak," balasku sambil menjeling.Haikal mengeluh panjang. "Dua," dia terus mengira. Aku tetap tak berganjak.
"Noah, I tak gurau, okay. Cepat."
"Whatever," balasku sinis.
"Tiga. Okay, that's it."Haikal keluar dari tempat pemandu dan berjalan ke arah aku. Aku dengan pantas kunci pintu kereta, bahagian depan dan belakang. Aku fikir aku dah menang, tapi aku terlupa kunci pintu sebelah kanan. Haikal masuk, terus tarik tangan aku. Dia cuba memaksa aku keluar, tapi aku keraskan badan.
"You ni degil sangat kan? Nak kena kasar baru nak dengar cakap?" katanya yang dah mula hilang sabar.
"Eee, I dah kata tak nak. Kenapa nak paksa-paksa ni?"
"Okay, fine. Kalau macam tu, kita duduk belakang ni sama-sama. Biar tak ada siapa pun drive," balas Haikal sambil bersandar di tempat duduk belakang.Aku hanya diam, memandang ke luar tingkap. Kalau orang kata aku mengada, memang betul pun.
YOU ARE READING
What you waiting for
Teen FictionCerita ni maybe agak membosankan dengan penggunaan bahasa yang aku guna sangat rojak. Jadi ni beberapa petikkan yang korang akan baca dalam buku ni "ingat noah I takkan lepaskan you whats mine always be mine!" - haikal "You always been thingking ab...