Chapter 51

27 2 0
                                    

Haikal dan aku mendengar ketukan di pintu. Haikal segera membukanya. "Oh, hi, uncle, auntie," sapa Haikal. Dia tidak lagi memanggil mereka dengan sebutan "ayah" dan "mama" kerana merasa tidak layak. Tiba-tiba, ayahku menampar muka Haikal. Aku terkejut dengan tindakan ayah.

"Berani kau, Haikal. Aku suruh kau jaga anak aku, tapi ini yang kau lakukan? Mana kau nak letak maruah anak aku sekarang?" Ayah memarahi Haikal dengan penuh emosi.

"Saya akan bertanggungjawab, uncle," ujar Haikal dengan tenang.

"Senang kau cakap! Kau ingat aku tak tahu yang Datuk Azman tengah rancang perkahwinan kau? Kau buat anak aku bunting, lepas tu nak kahwin dengan orang lain?" Ayah membalas dengan marah. Aku memandang ayah dengan bingung. Bagaimana dia tahu tentang perkahwinan Haikal yang akan datang?

"Saya akan bawa Noah jumpa keluarga saya dan jelaskan segalanya," jawab Haikal sebelum melutut di hadapan ayahku. Aku terpaku melihat tindakan Haikal.

"Uncle, beri saya satu peluang lagi untuk mencintai anak uncle. Saya janji takkan sia-siakan peluang ini," kata Haikal dengan penuh kesungguhan.

Ayah menarik nafas, menyuruh Haikal berdiri. Selepas itu, ayah memeluk Haikal. Aku dan mama hanya memerhati drama di depan mata kami.

"Ayah bukan apa, Haikal. Ayah risau tentang masa depan Noah dan cucu ayah. Ayah tak nak cucu ayah lahir tanpa seorang bapa," kata ayahku sambil menangis memeluk Haikal. Aku turut menangis, lega kerana ayah tidak memarahiku.

"Ayah harap dengan peluang yang kami beri ini, kamu akan selesaikan masalah kamu. Jangan sampai anak ayah ini terluka lagi kerana cinta," tambah ayah dengan nada berat.

Ayah melangkah ke arahku, memelukku erat. "Angah, jaga cucu kami baik-baik, ya," katanya, dan aku membalas pelukan itu dengan tangisan. Aku memandang mama, dan kami bertiga berpelukan erat. Haikal memerhati dengan senyuman di wajahnya.

"Angah, mama dan ayah ada satu permintaan," ujar mama.

"Permintaan apa tu, mama?" tanyaku.

"Kami nak kamu tinggal dengan Haikal. Biar dia bertanggungjawab atas kamu," kata ayah sambil memandang aku dan Haikal.

"Tapi tak boleh ke tinggal dengan mama dan ayah?" Aku masih belum bersedia berjauhan dari mereka.

"Nanti bila-bila senang, datanglah ke rumah kami. Tapi buat masa sekarang, biar Haikal yang jaga kamu," mama menjelaskan lembut sambil mengusap tanganku.

"I will take care of him. Auntie and uncle jangan risau," Haikal menyahut sambil memeluk bahuku. Aku hanya diam, tidak ingin membantah di depan mama dan ayah.

"Jangan panggil auntie uncle, Haikal. Panggil mama dan ayah," mama menegur.

"Okay, ma," jawab Haikal dengan senang hati.

"By the way, macam mana ayah tahu saya nak kahwin?" soal Haikal.

"Daddy kamu, Datuk Azman, adalah kawan rapat ayah masa sekolah. Kami masih keep in touch. Semalam, parent kamu datang ke rumah ayah bagi kad undangan kahwin. Kami terkejut tengok nama kamu di kad itu. Bila kami cuba hubungi Noah, hanya voicemail. Jadi, ayah call kamu dan kamu jelaskan perkara sebenar," cerita ayahku.

Ayah menghela nafas dan menyambung, "Ayah masih kesal dengan kamu, tapi ayah minta maaf sebab menampar kamu tadi."

"It's okay, uncle. I deserve it. I'm a jerk," Haikal menjawab, tangannya tiba-tiba menggenggam tanganku.

"Ayah harap kamu jangan sakiti Noah lagi. Kalau kami dapat tahu kamu melukainya, tak ada lagi peluang untuk kamu. Kamu takkan dibenarkan jumpa Noah dan anak kamu," tegas ayah memberi peringatan.

"Awalnya ayah marah dengan angah sebab mengandung sebelum sah, tapi ayah tahu ini bukan salah kamu. Jadi, ayah terima dengan hati terbuka," kata ayahku. Aku memeluknya erat, mencium pipinya.

"Kami tahu angah istimewa, lain dari orang lain," ujar mama.

"Kami tak kisah dengan siapa kamu sebenarnya. Tapi, muka angah feminine macam ni, perempuan mana yang nak?" gurau mama sambil ketawa kecil.

"Ee mama ni! Alia kawan angah pernah try angah dulu!" Aku membalas sambil ketawa, mengenang bagaimana Alia dulu cuba menarik perhatianku. Haikal hanya diam memandangku.

Ketika mama dan ayah ingin pulang, aku cuba merayu untuk mereka tinggal sekejap, tapi mama bergurau, "Angah nak jadi parent dah, tapi masih nak duduk bawah ketiak mama?"

Haikal menghantar mereka ke depan pintu. Tidak lama selepas itu, pintu diketuk lagi. Doktor Aiden masuk untuk memeriksa aku. "Hi, morning, cik Noah. Dah rasa lebih baik?" tanyanya sambil memeriksa.

"Keadaan cik Noah dah stabil, jadi hari ini cik Noah boleh keluar. Kami akan beri senarai vitamin untuk dimakan sepanjang kehamilan dan buku rawatan bulanan untuk check-up," terang doktor itu.

Haikal menjawab, "Yes, I'm his husband." Doktor menasihatinya agar memastikan aku tidak melakukan kerja berat dan mengelakkan tekanan yang boleh memberi kesan pada bayi.

Selepas membayar bil hospital, Haikal membantu aku mengemas barang dan kami berdua keluar. Dia memaut tanganku sepanjang perjalanan ke parkir. Selepas menyimpan barang dalam bonet, dia membuka pintu kereta untukku. Kami pun pulang ke rumahnya.

What you waiting for Where stories live. Discover now