Masa bergerak pantas, kini usia kandungan Noah sudah memasuki trimester ketiga. Bila-bila masa sahaja dia akan melahirkan. Noah sibuk mengemas barang-barang bayi yang telah dibelinya bersama Haikal. Setiap baju kecil dilipat rapi dan dimasukkan ke dalam almari.
Tok tok. Bunyi ketukan pintu kedengaran.
"Masuk," sahut Noah.
Mama Noah melangkah masuk dan duduk di sebelahnya. "Oh, hi mama," sapa Noah dengan senyuman.
"Sibuk kemas, angah?" tanya mama.
Noah mengangguk. "Haah, mama. Nanti tak kalut nak kemas bila dah tiba masanya, hahaha," balas Noah sambil meletakkan baju bayi ke dalam almari.
Mama duduk menemani Noah sambil memerhatikannya. Sejak kandungan Noah semakin besar, mama dan ayah memutuskan agar Noah bersalin dan berpantang di rumah mereka. Mudah untuk mereka pantau dan jaga Noah, kata mama.
"Nak mama tolong apa-apa ke, angah?" tanya mama.
Noah menggeleng. "Tak perlu, mama. Semua dah okay."
Mama tersenyum sambil mengusap lembut perut Noah. "Mama tak sabar nak tunggu cucu mama ni lahir," katanya.
Noah turut tersenyum. "Angah pun tak sabar nak tengok baby ni, hahaha."
Namun, suasana berubah apabila mama tiba-tiba bertanya, "Angah memang tak nak berbaik dengan Haikal?"
Noah terkejut dengan soalan itu. "Angah tak tahu nak cakap macam mana, mama," balasnya perlahan.
Mama memandang Noah dengan pandangan penuh kasih. "Selama kamu duduk dengan saudara dia si Naim tu, Haikal sering datang ke rumah ni untuk tanya perkembangan kamu dan anak dia."
Noah terdiam, mendengar penjelasan mama.
"Katil baby tu, dia yang beli dan pasangkan untuk anak dia. Dekorasi bilik ni pun dia yang lukis. Semua ni dia buat untuk anak dia, angah," sambung mama sambil menunjuk ke arah katil bayi dan dinding bilik yang dihias indah.
Noah memandang sekeliling biliknya, kini menyedari semuanya bukan dari ayah seperti yang dia sangka, tetapi hasil usaha Haikal. Hatinya mula tersentuh.
"Angah kena ingat, walaupun hubungan kamu dengan Haikal istimewa, anak yang kamu kandungkan tetap anak dia. Setiap anak berhak ada kedua ibu bapanya sampai dia besar," nasihat mama.
Noah hanya mendengar, cuba memahami kata-kata mama.
"Angah sanggup ke tengok anak angah nanti sekolah, kawan-kawan dia semua ada ayah, tapi anak angah hanya ada angah?" tambah mama dengan nada perlahan.
"Mama, jangan risau. Selagi angah kuat, angah akan besarkan anak ni seorang diri. Angah tak nak jadi perosak rumah tangga orang," balas Noah, cuba meyakinkan dirinya.
Mama menghela nafas panjang. "Ikut angah lah. Tapi mama nak cerita, selama kamu tak balik rumah, Haikal selalu datang ke sini tanya khabar kamu. Mama tengok dia lain sangat. Ayah pun dah cuba pujuk dia untuk sabar dengan anak dia yang keras kepala ni."
Noah tidak menjawab, hanya tunduk diam. "Noah tak tahu, mama... bagi Noah masa."
Mama mengangguk. "It's okay, angah. Mama faham. Ambil masa kamu. Mama dan ayah sentiasa sayang kamu," katanya sambil memeluk Noah erat. Pelukan itu terasa hangat, memberikan ketenangan yang sangat diperlukan Noah.
Tiba-tiba Noah merasakan sesuatu.
"Erk, mama..." Noah melepaskan pelukan itu. Mukanya kelihatan tegang.
"Kenapa, Noah?" tanya mama, kelihatan panik.
"Sakit, ma," kata Noah sambil memegang perutnya. Rasa sakit itu datang semakin kuat.
Mama segera berdiri. "Okay, okay, tarik nafas perlahan-lahan. Mama panggil ayah."
Mama keluar dari bilik dan menjerit, "Bang! Oh bang! Angah ni nak bersalin dah!"
Ayah segera datang ke bilik. "Jom, angah. Kita pergi hospital," katanya sambil membantu Noah bergerak perlahan-lahan ke kereta. Mama memegang Noah, memastikan dia dalam keadaan selamat.
"Sakit, ayah..." rintih Noah, menahan kesakitan.
"Ye, ye, ayah tahu. Sabar, ya," balas ayah sambil menghidupkan enjin kereta.
Kereta meluncur laju menuju ke hospital, meninggalkan debaran yang semakin terasa. Mama dan ayah cuba menenangkan Noah sepanjang perjalanan, bersiap sedia untuk menyambut kehadiran cucu mereka yang pertama.
YOU ARE READING
What you waiting for
Teen FictionCerita ni maybe agak membosankan dengan penggunaan bahasa yang aku guna sangat rojak. Jadi ni beberapa petikkan yang korang akan baca dalam buku ni "ingat noah I takkan lepaskan you whats mine always be mine!" - haikal "You always been thingking ab...